Saturday, August 22, 2009

Mesej SMS / YM sempena Ramadhan - Peringatan


Selamat berpuasa - Dapatkan Testi-Testi Menarik di Sini


Assalamualaikum...

Di bulan yang penuh barakah ini, biasalah pastinya kita akan terima pelbagai mesej daripada rakan-rakan yang 'memberi ucapan' sempena Ramadhan ini. Namun perlu dititikberatkan dari segi sumber dan kesahihan terutama jika bersabit dengan agama. Contoh:
Ana terima beberapa mesej melalui YM daripada rakan ana yang tertulis begini:

"Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan: " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali...
Saya xxxxxxxxxxxx memohon ampun dan maaf kpd rakan2 yg ......... "

Berhati-hati dengan apa yang dinamakan sebagai pesanan Jibrail ini.
Ini adalah Hadith Palsu.

Matan yang hampir serupa adalah begini:

Dari Ka'ab Bin 'Ujrah (ra) katanya:

Rasulullah saw bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Lalu Baginda menjawab:

"Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya."

~Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)~

Lihat besarnya perbezaan apa yang disebarkan dengan apa yang dimaksudkan di dalam hadis. Hadis sebenar mengatakan celakalah orang yang mendapati Ramadhan tetapi tidak diampuni dosanya iaitu orang yang membuat dosa juga di waktu Ramadhan tetapi yang dimaksudkan dalam pesana Jibrail itu lain pula. Berhatilah kerana ancaman menyebar hadis palsu sangatlah berat. Mungkin anda tidak tahu, namun perlu sentiasa berhati-hati tentang sumber dan kesahihannya sebelum 'forward' sesuatu mesej tersebut...

"Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka."

~Hadis Sahih (Mutawattir): Dikeluarkan Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Ibn Majah, ad-Darimi dan lain-lain. Lihat Sahih al-Bukhari, hadis no – 109 (Kitab al-Ilm, Bab dosa berdusta keatas Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam). Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no – 3 dan 4 (Muqaddimah - Bab berdusta keatas Rasulullah saw)~


Hadis ini Mutawatir, sangatlah tinggi martabatnya. Maka berhati-hatilah supaya kita tidak disiapkan Allah dengan neraka dengan sebab kelalaian kita.

Wallahua'lam.

-Diadaptasi daripada ruangan Forum KTI yang disampaikan oleh panelis agama laman web tersebut-

Friday, August 21, 2009

Ikhlas dariku -RAMADHAN-


Assalamualaikum...
Kepada semua pembaca setia, followers blog nih, serta penziarah-penziarah yang tak jemu2 menziarah ruangan ini, ana dengan ini ingin mengucapkan selamat menyambut bulan yang ditunggu-tunggu oleh kita iaitu bulan Ramadhan Kareem... (kpd yg lebih tunggukan bulan Syawal tu, renung-renungkanlah kembali :)

Jadikan bulan Ramadhan ini suatu titik permulaan yang baru, daripada yang baik kepada lebih baik... Hakikatnya bulan Ramadhan ini disebalik pahala berganda, bulan ini merupakan bulan tarbiyyah kepada diri kita sejauh mana kita mampu untuk meneruskan amalan-amalan kebaikan berterusan dengan istiqamah pabila berakhirnya Ramadhan...

Dengan masuknya bulan ramadhan, pastinya banyak perubahan yang berlaku kepada kita. Masing-masing mengejar pahala sebanyak mungkin dengan menjaga perkara-perkara yang sepatutnya daripada sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya. Sekurang-kurangnya bulan Ramadhan ini dihormati dengan melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, eloklah kita menjadikannya sebagai platform kepada kita untuk berubah ke arah yang lebih baik, mentarbiyyah nafsu kita selari dengan kehendak Islam. Di saat ini juga syaitan di belenggu dan pandai-pandailah manusia untuk menjaga nafsunya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah.

Ana mengajak kita semua supaya sama-sama merebut peluang Ramadhan ini dengan berlumba-lumba dalam mengerjakan amal ibadah - mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah.
Juga sentiasalah bermuhasabah diri kita yang sentiasa kekurangan dalam banyak hal supaya kita sentiasa sedar bahawa diri kita ini adalah milik Allah. Tingkatkan amalan, banyakkan ibadah, tambah thaqafah, eratkan ukhuwah insya-Allah dunia akhirat kita najah...

Salam Ramadhan daripada ana yang dhaif ini.
Semoga tergolong dalam golongan muqarrabiin.
Ma'assalamah wa ilalLiqa'.


W.A.N.
Auqaf, Zaqaziq, As-Syarqiah, Misr.
6.20 pm, Jumaat, 29 Sha'ban 1430H.

Sunday, August 16, 2009

Hati & Perasaan...

Mungkin Tuhan Sengaja Mahu Kita
Berjumpa Dengan Orang Yang Salah
Sebelum Menemui Insan Yang Betul
Supaya Apabila Kita Akhirnya Menemui
Insan Yang Betul, Kita Akan Tahu
Bagaimana Untuk Bersyukur Dengan
Nikmat Pemberian Dan Hikmah Di Sebalik
Pemberian Tersebut.

Apabila Salah Satu Pintu Kebahagiaan
Tertutup, Yang Lain Akan Terbuka Tapi
Lazimnya Kita Akan Memandang Pintu
Yang Telah Tertutup Itu Terlalu Lama
Hinggakan Kita Tidak Nampak Pintu Yang
Telahpun Dibukakan Untuk Kita.

Kawan Yang Paling Baik Ialah Seseorang
Yang Anda Boleh Duduk Di Dalam Buaian
Dan Berbuai Bersama Tanpa Berkata Apa-
Apa Pun Dan Kemudian Berjalan Pulang
Dengan Perasaan Bahawa Itulah
Perbualan Yang Paling Hebat Yang
Pernah Dialami.

Memang Benar Yang Kita Tidak Akan Tahu
Apa Yang Telah Kita Punyai Sehinggalah
Kita Kehilangannya Dan Juga Benar
Bahawa Kita Tidak Tahu Apa Yang Kita
Rindukan Sehinggalah 'Ia' Datang.

Memberi Seseorang Seluruh Cinta Anda
Bukanlah Satu Kepastian Yang Mereka
Akan Menyintai Anda Kembali!

Jangan Harapkan Cinta Sebagai Balasan.
Nantikan Sahaja Ia Untuk Mekar Di
Dalam Hati Mereka Tapi Sekiranya Ia
Tidak, Pastikanlah Ia Terus Mekar Di
Dalam Hati Anda. Ia Cuma Mengambil
Masa Seminit Untuk Jatuh Hati Pada
Seseorang, Satu Jam Untuk Menyukai
Seseorang, Satu Hari Untuk Menyintai
Seseorang Tetapi Ia Mengambil Masa
Sepanjang Hidup Untuk Melupakan
Seseorang.


Jangan Pandang Kepada Kecantikan
Kerana Boleh Jadi Ianya Palsu. Jangan
Kejar Kemewahan Kerana Ianya Akan
Susut.

Carilah Seseorang Yang Membuatkan Anda
Tersenyum Kerana Ia Cuma Memerlukan
Sekuntum Senyuman Untuk Mencerahkan
Hari Yang Suram. Carilah Yang
Membuatkan Hati Anda Tersenyum. Akan
Tiba Satu Ketika Di Dalam Kehidupan
Apabila Anda Teramat Rindukan
Seseorang Sehingga Anda Ingin
Menggapainya Dari Mimpi Anda Dan
Memeluknya Dengan Sebenar.

Mimpilah Apa Yang Ingin Anda Mimpikan,
Pergilah Ke Mana-Mana Yang Ingin Anda
Tujui Dan Jadilah Apa Yang Anda
Inginkan Kerana Anda Hanya Memiliki
Satu Kehidupan Dan Satu Peluang Untuk
Melakukan Semua Perkara Yang Ingin
Anda Lakukan.

Semoga Anda Memiliki Kebahagiaan Yang
Cukup Untuk Membuatkan Diri Anda
Menarik, Percubaan Yang Cukup Untuk
Membuatkan Anda Kuat, Kesedihan Yang
Cukup Untuk Memastikan Anda Adalah
Seorang Insan Dan Harapan Yang Cukup
Untuk Membuatkan Anda Bahagia. Selalu
Bayangkan Diri Anda Di Dalam Kasut
Seseorang. Jika Anda Rasa Ianya
Menyakitkan Anda, Fikirlah Ia Mungkin
Menyakitkan Orang Lain Juga.

Kebahagiaan Seseorang Manusia Tidak
Semestinya Dalam Memiliki Segala Yang
Terbaik. Mereka Hanya Membuat Yang
Terbaik Dalam Hampir Apa Saja Yang
Datang Di Dalam Perjalanan Hidup
Mereka.

Kebahagiaan Terletak Kepada Mereka
Yang Menangis, Mereka Yang Terluka,
Mereka Yang Telah Mencari Dan Mereka
Yang Telah Mencuba. Hanya Mereka Yang
Boleh Menghargai Kepentingan Manusia
Yang Telah Menyentuh Hidup Mereka.

Cinta Bermula Dengan Senyuman, Mekar
Dengan Ciuman Dan Berakhir Dengan
Tangisan. Masa Depan Yang Cerah
Sentiasa Berteraskan Kehidupan Yang
Lalu Yang Telah Dilupakan. Anda Tidak
Boleh Meneruskan Kehidupan Dengan
Sempurna Sehingga Anda Melupakan
Kegagalan Dan Kekecewaan Masa Silam.

Semasa Anda Dilahirkan, Anda Menangis
Dan Orang Di Sekeliling Anda
Tersenyum. Teruskanlah Hidup Anda
Supaya Apabila Anda Mati Nanti,
Andalah Yang Akan Tersenyum Dan Orang
Sekeliling Anda Pula Yang Akan Menangis...

Sumber: Blog Cina Islam

Monday, August 10, 2009

Berta'aruf dengan I.S.A.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad.

ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan
hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.

Sejarah

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling (Seorang Pembuat draf dan Pesuruhjaya Penggubal Undang-Undang Malaya menjelang kemerdekaan Tanah Melayu) pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.

Perundangan

Relevant sections of the legislation are as follows:

Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof."

Sect 8. Power to order detention or restriction of persons. "(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years."

Penahanan

Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat Tahanan Kamunting.

60 hari pertama

Seseorang yang ditahan di bawah ISA semasa 60 hari pertama tidak dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar. Tambahan pula, peguam dan ahli keluarga tidak dibenarkan melawat orang yang ditahan semasa tempoh awal ini. Jika satu perintah penahanan dua tahun ditandatangani, orang yang ditahan akan dibawa ke Pusat Tahanan Kamunting untuk tempoh yang ditetapkan, dan ahli keluarga lazimnya dibenarkan melawat semasa tempoh ini. Jika tidak, orang yang ditahan akan dibebaskan.

Penyeksaan

Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga, tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, dalam yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka.

Pembebasan

Kendatipun kerajaan boleh membebaskan tahanan tanpa bersyarat, dalam sesetengah kes, ia telah menuntut mereka yang dibebaskan untuk membuat "pengakuan" umum di televisyen dan radio.

Kritikan

Disebabkan sifat ISA yang tidak berperikemanusiaan, beberapa pertubuhan hak asasi manusia dan parti pembangkang telah mengritik Akta ini dan memanggil pemansuhannya. Kerajaan asing, terutama kerajaan Barat, juga telah menekan kerajaan untuk memansuhkan Akta.

Dalam negara

Beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Islam Se-Malaysia [PAS],Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA. Ramai diantara pemimpin dan ahli terkenal mereka yang telah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR.

Namun Akta ini juga pernah dikritik oleh beberapa ahli politik gabungan Barisan Nasional, termasuk parti komponen terbesarnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang telah memerintah Malaysia semenjak kemerdekaannya juga telah mengritik ISA. Perdana Menteri Malaysia kelima, Abdullah Ahmad Badawi, telah menyatakan pada tahun 1988 "Jika kita semua hendak menyelamatkan Malaysia dan UMNO, Dr Mahathir (Perdana Menteri ketika itu) mesti diguling. Dia menggunakan undang-undang kejam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk mendiamkan pengkritiknya." Tahun sebelumnnya, dia juga telah menyatakan "Undang-undang seperti ISA tidak punyai tempat di Malaysia moden. Ia merupakan perundangan tidak berperikemanusiaan dan jahat." Pada tahun 2003 apabila beliau menjadi Perdana Menteri pula, beliau mengatakan bahawa ISA adalah "undang-undang yang perlu," dan mengemukakan argumentasi "Kami tidak pernah menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kesemua mereka yang ditahan dibawahnya terbukti mengancam masyarakat secara umum."

Luar negara

Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan." Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.", dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta Patriot selepasnya.

---------------Thanks to Wikipedia---------------------------------------------

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk 'Wikipedia : The Free Encyclopedia'...
Dimuatkan juga pecahan tahanan dan senarai yang ditahan dibawah akta ISA ini...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails