Saturday, February 28, 2009

Blogger??

Pada hari ini blog telah dilihat sebagai salah satu medan untuk menyampaikan apa sahaja yang dihajati sama ada berita, fitnah, iklan, dan bermacam-macam lagi. Kesempatan ini telah diambil oleh banyak pihak dalam menyampaikan sesuatu dan ramai dikalangan blogger adalah terdiri daripada ahli politik, wartawan, usahawan, artis, orang perseorangan dan sebagainya. Tidak dinafikan juga blog turut dijadikan tempat luahan perasaan, menulis diari, perkongsian pengalaman dan juga sebagai salah satu laman web 'free' sesebuah organisasi...

Saya suka melihat blog ini dijadikan wadah untuk berdakwah kepada masyarakat umum dan tahniah kepada pendakwah-pendakwah yang dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan yang ada dalam berdakwah ini.

"Demi Masa ! .Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." Surah Al-'Asr.

Medium dakwah yang tiada batasan ini patut dimanfaatkan sebaiknya dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang Islam.

"Man qala La ilaha illallah fahua da'ie" Al-Hadith
yang mafhumnya: "Barangsiapa yg menyebut La ilaha illallah, maka dia (adalah seorang) pendakwah"
Namun tidak dinafikan ada sesetengah pihak yang cuba untuk memecahbelahkan masyarakat Islam dengan menyebarkan ajaran sesat, menabur fitnah dan sebagainya yang boleh mempengaruhi golongan yang menerima bulat-bulat sesuatu perkara yang diutarakan. Justeru, saya mengingatkan kepada semua termasuk diri saya sendiri supaya berhati-hati dalam menerima sesuatu isu/perkara yg dibangkitkan supaya tidak membawa kepada perkara keburukan sebaliknya kaji dahulu kesahihan perkara tersebut. Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْماً بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِين

Yang bermaksud : “ wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” . (Al-Hujurat ayat 6)

Allah juga Berfirman :
وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً
Yang bermaksud : “ Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (Al-Isra' ayat 36).

Semoga apa yang disampaikan dapat diambil kebaikannya serta sama-samalah kita mengamalkan perintah Allah dan menjauhi segala larangannya... Insya-Allah.
Syukran.

Akhirnya...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Kemunculan yang dinanti-nanti oleh semua... Perasmian blog ku yang tak seberapa, harap dapat diterima semua, semoga berlapang dada.
Menulis banyak agenda, tinta berjalan dengan hati terbuka, sampaikan salam walau di mana, semoga berjaya dunia dan akhirat sana.
Sebelum kalamku dalam blog ini bertutur lebih jauh, ku pohon andai diri ini melakukan salah dan silap supaya ditegur dan diberi tunjuk ajar, maaf dipinta andai terkasar, terguris dan perkataan-perkataan yang sama maksud dengannya sekiranya ada yg terkena dan terasa atau apa-apa sekalipun yang dianggap sebagai kesalahan...
Syukran.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails