Showing posts with label Kisah/Teladan. Show all posts
Showing posts with label Kisah/Teladan. Show all posts

Tuesday, December 6, 2011

10 Sahabat Nabi yang Dijamin Syurga

Sahabat Rasulullah yang dijamin syurga.


1. Abu Bakar Siddiq ra.

Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam al-Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadith.

2. Umar Bin Khatab ra.

Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Di zaman kekhalifahannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukinya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Usman Bin Affan ra.

Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

4. Ali Bin Abi Thalib ra.

Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Kufah, Iraq sekarang.

5. Talhah Bin Abdullah ra.

Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Di dalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Talhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.

6. Zubair Bin Awaam

Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas

Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id Bin Zaid

Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.

9. Abdurrahman Bin Auf

Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.

10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah

Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada periode kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah saw. Meninggal pada tahun 18 H di Urdun (Syam) kerana penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.

inbox
©drnasrullah.blogspot.com

Tuesday, January 18, 2011

Kisah Si Hensem...


[Gambar Hiasan]

Ada seorang pemuda di bumi Syam ketika itu, kacak, warak dan juga merupakan seorang penjual kain. Beliau digilai oleh wanita di kawasan tersebut. Sudahlah wajahnya mempersona, peramah pula. Ini kurniaan Allah kepadanya.

Suatu hari, seorang wanita dari golongan bangsawan memanggil pemuda tersebut masuk ke dalam rumahnya. Alasan yang diberi adalah nak beli barang jualan beliau. Walhal beliau tergila-gilakan ketampanannya. Tanpa mengetahui niat sebenar wanita ini, pemuda ini menuruti sahaja.

Pada saat itu, tiada sesiapa pun di dalam rumah ini melainkan mereka berdua. Dan sudah pasti orang yang ketiga adalah SYAITAN. Lalu wanita ini menggoda : "Duhai pemuda tampan. Sebenarnya aku memanggilmu bukan utk membeli barang daganganmu, tapi semata-mata kerana aku sangat mencintaimu. Selama ini aku tergila-gilakan ketampananmu."

Kemudian, wanita berkenaan mengajaknya berzina. Lantas pemuda berkenaan mengingatkan beliau akan azab seksa kepada perilaku zina. Namun, usaha itu sia-sia. Wanita berkenaan nekad. Setiap perkataan yang diucapkan oleh pemuda berkenaan bukan menyebabkannya insaf, tetapi semakin menaikkan nafsu berahi kepada pemuda tersebut. Adeh..

Pemuda tersebut cuba menolak dengan baik. Namun wanita tersebut mengancam dengan berkata jika pemuda tersebut tidak menuruti apa yang beliau perintahkan, beliau akan menjerit sekuat-kuatnya dan mengatakan pemuda berkenaan ingin memperkosanya. Beliau juga menyatakan, beliau orang berpengaruh di kalangan masyarakat, sudah pasti mereka semua akan mempercayainya.

Dengan izin Allah, pemuda berkenaan mendapat ilham. Lantas beliau berkata kepada wanita berkenaan:  "Baiklah. Tetapi sebelum itu, izinkan aku ke bilik air bagi membersihakn diri dahulu. Maklumlah tubuhku dibasahi dengan peluh." Wanita berkenaan semakin gembira. "Ooo, sudah tentu sayangku. Silakanlah. Aku menantimu."

Pemuda tersebut terus ke bilik air. Memikirkan musibah yang sedang melandanya. Antara golongan yang mendapat naungan pada hari tidak ada naungan di hari kiamat adalah seorang pemuda yang diajak berzina oleh wanita cantik dan berkedudukan, lalu ia berkata: "Sungguh aku takut pada Allah!" Nak lompat dari tingkap, tingkap terkunci kuat pulak.

Akhirnya, ilham datang tanpa disangka. Beliau nekad. Beliau berasakan perlu melumurkan badannya dengan kotoran. Kemudian, beliau berak dan melumuri keseluruhan anggota badannya dengan kotoran beraknya. Seluruh rambut, dada, tangan, dan semuanya. Ia juga merasa jijik. Bahkan ia mual dan termuntah. Sambil menangis, beliau berkata :"Ya Allah, Ya Rabbi, kerana takutnya padaMulah aku melakukan perkara ini! Maka gantikalah untukku yang lebih baik."

Ia keluar dari bilik mandi. Bila wanita tersebut melihatnya, alangkah terkejutnya beliau. Ia merasa jijik lantas menjerit dan berteriak dengan keras: "Keluarlah wahai SI GILA! Dasar pemuda gila, keluar kau, jangan mengotori rumahku."

Pemuda tersebut keluar dan berpura-pura bertingkah laku seperti orang gila. Sambil itu juga, beliau memerhatikan keadaan sekeliling, takut-takut ada yang melihat dan akan memfitnahnya, maklumlah beliau seorang jurujual. Ada juga yang melihat dan menyertawakannya, namun beliau tidak peduli dan terus menuju ke rumah. Buka pakaian, masuk ke bilik air dan mandi.

Sebaik sahaja keluar dari bilik air, Allah SWT telah menunjukkan kekuasaanNya dengan memperkenankan doa pemuda tersebut. Allah menjadikan bau harum yang luar biasa memancar dari seluruh tubuh pemuda berkenaan. Bau itu dapat dicium walau jarak beberapa meter. Akhirnya, beliau dikenali sbg "Al-Misk" atau Orang Yang Seharum Kasturi.

Kisah ini menjadi bukti keagungan Allah SWT. Kisah nyata ini masih boleh dilihat bekasnya. Di tanah Syam, ada sebuah makam yang tertuliskan "Al-Misk". Itulah kubur pemuda tersebut yang memelihara dan menjaga kesuciannya.
--------------------------------------
Moga dapat dihayati bersama...
MZM-FC

Sumber: MZM-FC's
Represented by: drnasrullah.blogspot.com


Sunday, May 10, 2009

Dijodohkan Di Syurga


Bersumber dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita: “Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.

Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”


Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.”

Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.

Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair: Kasih...
cinta yang terindah adalah mencintaimu,
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
burung syurga menjauh
dan malaikat menutup pintu.
Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”
Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
yang tidak mungkin binasa
yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih
Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”

“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu.

Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?”

“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya.

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga.

Sumber: Laman web inteam
p/s: Cinta hakiki hanya utk Allah... Cinta yg hakiki menyebabkan manusia sedar akan wujudnya Allah yg Maha pengasih. Berapa ramai pemuda seperti itu?
Jangan jadi cinta kera berputik dosa.
Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah...
Sehingga bertemu di post akan dtg.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails