Monday, October 19, 2009

Di Mana Kekuatan Umat Islam?

Penduduk Islam 1.57 bilion

Bilangan penduduk Islam dunia kini mencecah 1.57 bilion atau seorang daripada empat penduduk dunia menganut agama Islam, demikian menurut laporan Pew Forum on Religion and Public Life yang dikeluarkan semalam.

Projek yang mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan itu turut memberi data mengejutkan iaitu bilangan penganut agama Islam di Jerman lebih banyak berbanding di Lebanon dan China mempunyai ramai penganut Islam berbanding Syria.

Data lain yang mengejutkan ialah lebih ramai penduduk Islam di Rusia jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Islam di Jordan dan Libya.

Penduduk Islam di Habsyah hampir menyamai penduduk Islam di Afghanistan.

"Secara amnya, laporan ini menghapuskan pendapat menyatakan umat Islam itu ialah penduduk Arab dan Arab ialah Islam," kata penolong profesor Universiti Princeton, Amaney Jamal.

Pew yang merupakan cabang penyelidikan Universiti Princeton menyatakan, penganut Islam berada di belakang penganut Kristian yang dianggarkan 2.2 bilion pengikut.

Tugas sukar bagi menentukan penduduk umat Islam di 232 negara dan wilayah itu membabitkan penilaian sejumlah laporan banci penduduk, kajian demografi, tinjauan populasi dan bancian umum, kata laporan.

Laporan itu cuba untuk memecahkan penduduk Islam mengikut mazhab Sunah dan Syiah tetapi ia sukar dilaksanakan kerana hanya beberapa negara merekodkan pecahan tersebut, kata seorang penyelidik kanan, Brian Grim.

Laporan Pew mendapati sebanyak 13 peratus pengikut Islam berpegang kepada mazhab Syiah.

Sebanyak 80 peratus populasi Syiah tertumpu di Iran, Pakistan, India dan Iraq.

Hampir 60 peratus umat Islam berada di Asia, 20 peratus di Asia Barat dan Afrika Utara, 15 peratus tinggal di Afrika Sub-Sahara, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.

Sebanyak 317 juta umat Islam atau seperlima daripada populasi tinggal di negara-negara yang bukan negara majoriti Islam.

Hampir tiga perempat umat Islam tinggal sebagai minoriti di lima negara utama iaitu India (161 juta), Habsyah (28 juta), China (22 juta), Rusia (16 juta) dan Tanzania (13 juta). - AP

Sumber: Kosmo!

Friday, October 9, 2009

Raya Sebulan?

Assalamualaikum!
"Selamat Hari Raya Eidul Fitri. Hari ni hari raya yang ke 20..."

Pastinya anda pernah dengar ungkapan ni dalam mana-mana media kan? TV, radio dll.
Hari raya ke-20? Hari raya ke-20?! Hari raya ke-20!?!?!
Sebenarnyer berapa hari kita beraya?
KIta puasa 30 hari bukanlah bermakna 30 hari kita beraya. Dalam Islam, hari raya eidul fitri hanyalah sehari. Sebab tu takbir raya Idul Fitri sehari sahaja.
Adakah 30 hari beraya ini sudah menjadi adat kita orang Melayu? Kalau ya, sama-samalah kita ubahnya.
Namun begitu, amalan ziarah, kunjung mengunjung tak semestinya hanya boleh dilakukan pada hari raya. Sebaliknya teruskan juga walaupun bukan pada hari raya. Cuma peluang raya inilah mungkin saat yang paling sesuai dalam konteks negara kita yang ada tradisi balik kampung dan berkumpul dengan sanak-saudara masing-masing pada hari raya.
Sekadar sedikit coretan dari ku. Syuwaiyya bass...

Salam syawal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails