Thursday, December 8, 2011

Lirik dan Maksud Lagu 'Lau kana bainana Al-habib'






Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa.
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan...
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu,
Dan kebebasan daripada api neraka-Mu,
Dan juga syurga bersama Penghulu seluruh manusia.
Kami mohon...Kami mohon pada-Mu,
Wahai Tuhanku dari sudut hati yang paling dalam.....
يا رَبِّي قَدْ غَفِلْنَا وَكُلُّناَ طَمْعٌ
فِيْ عَفْوٍ وَفِيْ كَرَمٍ وَفِيْ أَعْتَاقٍ
وَجَنَّةٍ مَعَ سَيِّدِ الْبَشَرْ
نَدْعُوْك..نَدْعُوْكَ رَبِّيْ مِنَ الْأَعْمَاقِ



Andainya Kekasih-Mu (Muhammad) masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah,
Dengan haruman baginda sebelum hilangnya
Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasih-Mu..
لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيْب
لَدَنَا القَاصِيْ وَالْقَرِيْب
مِنْ طَيِّبَةٍ قَبْلَ الْمَغِيْب
طَالِباً قُرْبَ الحَبِيْب



Berada berhampirannya jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan.
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna.
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda, 

Wahai Tuhan yang Maha Merperkenankan doa hamba.
بِقُرْبِهِ النَّفْسُ تَطِيْب
وَتَدْعُوا الله فَيُجِيْب
أَنْوَارُ طَهَ لاَ تَغِيْب
بَلِّغْنَا لِقَاهُ يَا مُجِيْب



Hidayahmu kepada alam merata luas
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan Pemberi Hidayah.
Hadis-hadismu ibarat sungai mengalir jernih.
Berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah. 
هُدَاكَ الْكَوْنُ الرَّحِيْب
رَحْمَةَ الهَادِيْ الْقَرِيْب
حَدِيْثُكَ النَّهْرُ الْعَذِيْب
جِوَارُكَ الْغُصْنُ الرَّطِيْب


Kutebus diriku dengan dirimu wahai Kekasihku.
Nabi Muhammad yang mulia lagi asing
Berada berhampiranmu jiwa menjadi harum
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang, 

Tuhan kepada seluruh Alam
فَدَتْكَ رُوْحِيْ يَا حَبِيْب
محمدٌ مُكْرِمَ الْغَرِيْب
بِقُرْبِكَ الرُّوْحُ تَطِيْب
ياَ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْن


Wahai Kekasihku Wahai Muhammad 

Wahai pengubat hatiku Wahai yang terpuji
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat kepadamu.
يَا حَبِيْبِيْ ياَ مُحَمَّدْ
يَا طَبِيْبِيْ يَا مُمَجَّدْ
أَنْتَ ذُوالْفَضْلِ الْمُؤَيَّدْ
جَلَّ مَنْ صَلَّى عَلَيْك

  
Syukran kepada penterjemah lagu.
©drnasrullah.blogspot.com

Tag: Lirik dan makna / maksud lagu nasyid Lau Kana Bainana al-Habib


14 comments:

ahsfantasy24 said...

Alhamdulillah,
ada pencerahan :)

dEkaT Di hAti said...

izin share yer

Nasrullah said...

Silakan :)

SuFi Haraki said...

xpuas dengar lagu ini..banyak pahala yg penulis lirik dan penyanyi ni dapat jika dibuat betul2 krn Allah kn....: Entry Terbaru : Variasi Ummat Manusia

Anonymous said...

hati2... lagu ni ada ulama kata blh bawa kpd kerosakan akidah. Seolah kita msh sembah org yg dah mati dan tak redha dgn takdir kematian Kekasih Allah.

Anonymous said...

tidak bersetuju dengan pandangan anda. lagu ini hanya menyarankan kita mencintai rasulullah dan panjatkan selawat kepada baginda.

Blossom Heart said...

suka lagu ni, jd tmbah cinta pd Rasulullah .. jazakallah

lg 1, yg words untk tgglkn komen ada baiknya jgn aktifkan ye, utk mudah kan rakan blogger letak komen .. tq, skadar bkgsi :))

Anonymous said...

MasyaAllah,indah2.jazakallah

juliana said...

Indahnya lirik lagu ni
buat kita ingat akan pengorbanan nabi muhammad pada kita umatnya.

Anonymous said...

izin copy ye admin lirik yang indah

Anonymous said...

"hati2... lagu ni ada ulama kata blh bawa kpd kerosakan akidah. Seolah kita msh sembah org yg dah mati dan tak redha dgn takdir kematian Kekasih Allah."

Sekadar berkongsi pandangan, lagu ini bukanlah sembah org yang dah mati yakni saya paham maksud saudara/saudari iaitu Rasul tercinta Nabi Muhammad S.A.W. Lihat pada awal lirik, ia juga memperingatkan kita tentang kelalalaian yang sering dilakukan oleh manusia, penulis mengambil Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh terbaik dan sememangnya Bagindalah manusia yang paling mulia yang pernah dijadikan oleh Allah untuk menjadi contoh pada Manusia. Teguran juga buat saudara/saudari tentang ayat "SEMBAH", sesungguhnya Nabi Muhammad sendiri tidak meminta umat manusia sekalian menyembahnya, Bahkan Banginda menyuruh para manusia hanya menyembah pada yang SATU, iaitu ALLAH S.W.T. Hayatilah liriknya, dalam lirik ini banyak memberi contoh akhlak nabi yang mulia. Moga kita semua terhindar dari perasaan ragu dan dijauhi dari kesesatan dan mendapat rahmat dari-Nya yang Maha Esa.

Anonymous said...

assalam saudara nasrullah.. minta izin share n copy ya .. may Allah bless us :)

Anonymous said...

sembah manusia.. haha.. itu bukan ulamak tu.. itu alamak.. cap ayam nye.. wahabi punye keje..

afifah abu bakar said...

sebaknya hati..rindunya dkt nabi :'(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails