[Gambar Hiasan]
Ada seorang pemuda di bumi Syam ketika itu, kacak, warak dan juga merupakan seorang penjual kain. Beliau digilai oleh wanita di kawasan tersebut. Sudahlah wajahnya mempersona, peramah pula. Ini kurniaan Allah kepadanya.
Suatu hari, seorang wanita dari golongan bangsawan memanggil pemuda tersebut masuk ke dalam rumahnya. Alasan yang diberi adalah nak beli barang jualan beliau. Walhal beliau tergila-gilakan ketampanannya. Tanpa mengetahui niat sebenar wanita ini, pemuda ini menuruti sahaja.
Pada saat itu, tiada sesiapa pun di dalam rumah ini melainkan mereka berdua. Dan sudah pasti orang yang ketiga adalah SYAITAN. Lalu wanita ini menggoda : "Duhai pemuda tampan. Sebenarnya aku memanggilmu bukan utk membeli barang daganganmu, tapi semata-mata kerana aku sangat mencintaimu. Selama ini aku tergila-gilakan ketampananmu."
Kemudian, wanita berkenaan mengajaknya berzina. Lantas pemuda berkenaan mengingatkan beliau akan azab seksa kepada perilaku zina. Namun, usaha itu sia-sia. Wanita berkenaan nekad. Setiap perkataan yang diucapkan oleh pemuda berkenaan bukan menyebabkannya insaf, tetapi semakin menaikkan nafsu berahi kepada pemuda tersebut. Adeh..
Pemuda tersebut cuba menolak dengan baik. Namun wanita tersebut mengancam dengan berkata jika pemuda tersebut tidak menuruti apa yang beliau perintahkan, beliau akan menjerit sekuat-kuatnya dan mengatakan pemuda berkenaan ingin memperkosanya. Beliau juga menyatakan, beliau orang berpengaruh di kalangan masyarakat, sudah pasti mereka semua akan mempercayainya.
Dengan izin Allah, pemuda berkenaan mendapat ilham. Lantas beliau berkata kepada wanita berkenaan: "Baiklah. Tetapi sebelum itu, izinkan aku ke bilik air bagi membersihakn diri dahulu. Maklumlah tubuhku dibasahi dengan peluh." Wanita berkenaan semakin gembira. "Ooo, sudah tentu sayangku. Silakanlah. Aku menantimu."
Pemuda tersebut terus ke bilik air. Memikirkan musibah yang sedang melandanya. Antara golongan yang mendapat naungan pada hari tidak ada naungan di hari kiamat adalah seorang pemuda yang diajak berzina oleh wanita cantik dan berkedudukan, lalu ia berkata: "Sungguh aku takut pada Allah!" Nak lompat dari tingkap, tingkap terkunci kuat pulak.
Akhirnya, ilham datang tanpa disangka. Beliau nekad. Beliau berasakan perlu melumurkan badannya dengan kotoran. Kemudian, beliau berak dan melumuri keseluruhan anggota badannya dengan kotoran beraknya. Seluruh rambut, dada, tangan, dan semuanya. Ia juga merasa jijik. Bahkan ia mual dan termuntah. Sambil menangis, beliau berkata :"Ya Allah, Ya Rabbi, kerana takutnya padaMulah aku melakukan perkara ini! Maka gantikalah untukku yang lebih baik."
Ia keluar dari bilik mandi. Bila wanita tersebut melihatnya, alangkah terkejutnya beliau. Ia merasa jijik lantas menjerit dan berteriak dengan keras: "Keluarlah wahai SI GILA! Dasar pemuda gila, keluar kau, jangan mengotori rumahku."
Pemuda tersebut keluar dan berpura-pura bertingkah laku seperti orang gila. Sambil itu juga, beliau memerhatikan keadaan sekeliling, takut-takut ada yang melihat dan akan memfitnahnya, maklumlah beliau seorang jurujual. Ada juga yang melihat dan menyertawakannya, namun beliau tidak peduli dan terus menuju ke rumah. Buka pakaian, masuk ke bilik air dan mandi.
Sebaik sahaja keluar dari bilik air, Allah SWT telah menunjukkan kekuasaanNya dengan memperkenankan doa pemuda tersebut. Allah menjadikan bau harum yang luar biasa memancar dari seluruh tubuh pemuda berkenaan. Bau itu dapat dicium walau jarak beberapa meter. Akhirnya, beliau dikenali sbg "Al-Misk" atau Orang Yang Seharum Kasturi.
Kisah ini menjadi bukti keagungan Allah SWT. Kisah nyata ini masih boleh dilihat bekasnya. Di tanah Syam, ada sebuah makam yang tertuliskan "Al-Misk". Itulah kubur pemuda tersebut yang memelihara dan menjaga kesuciannya.
--------------------------------------Suatu hari, seorang wanita dari golongan bangsawan memanggil pemuda tersebut masuk ke dalam rumahnya. Alasan yang diberi adalah nak beli barang jualan beliau. Walhal beliau tergila-gilakan ketampanannya. Tanpa mengetahui niat sebenar wanita ini, pemuda ini menuruti sahaja.

Moga dapat dihayati bersama...
MZM-FC
Sumber: MZM-FC's
Represented by: drnasrullah.blogspot.com
No comments:
Post a Comment