Buku yang berjudul 'The 500 Most Influential Muslims 2009' telah diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Center. Tokoh-tokoh yang dimuatkan dalam buku ini adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang. '500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia' sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi kepada 15 katagori, iaitu katagori:
- Ulama
- Politik
- Cendekiawan Islam
- Pentadbiran
- Lineage (Keturunan)
- Wanita Muslimah
- Pemuda
- Philanthropy
- Pembangunan
- Sains dan teknologi
- Seni dan Budaya
- Media
- Radikal
- International Islamic Networks
- Issues of the Day
Kategori-kategori ini dibahagikan untuk memudahkan pemahaman terhadap kepelbagaian cara Islam dan Muslim memberi impak kepada dunia hari ini.
Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia
"DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Religious Guide of the Islamic Party of Malaysia
Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat is a Malaysian politician, an Islamic scholar and the current chief minister of the State of Kelantan. He holds the position of Mursyidul Am—the religious guide—within the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS).
Scholarly Infuence over Malaysian Politics As the religious guide of the Pan-Malaysian Islamic Party, Nik Mat is the spiritual leader of Malaysian Islamic politics and holds very important sway over the tenor of politics in the nation. His advocacy of sharia law to be applied to all Malay Muslims has, however, drawn criticism, especially his suggestion that women would be at a lower risk of being raped if they abandoned wearing lipstick."
Nama Tun Dr Mahathir turut disenaraikan dalam kategori politik bersama dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang juga turut disenaraikan di dalam senarai 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.
Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.
Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.
Buku ini juga turut melampirkan fakta-fakta mengenai Islam, sedikit sebanyak mengenai sejarahnya, aliran-aliran fahaman dalam Islam seperti Sunnah, Syiah dan sebagainya.
Kandungan buku ini boleh review di sini: The 500 most influential Muslims in the world Bagi yang tidak mempunyai akaun Scribd bolehlah muat turun buku ini dalam bentuk pdf dalam ruangan Share Files --> Download pada sidebar sebelah kiri di blog ini yang berjudul: 1.The 500 Most Influential Muslims 2009 atau klik di sini dan tekan download.