Friday, July 23, 2010

Because He is A Muslim

Clik 'Next' at the middle-right side of the picture. ->


Because He is A Muslim
Thanks to Nayzak

Sumber: Because He is A Muslim

*Kalau tak boleh buka, sila download dan install Flashplayer.

Sunday, July 18, 2010

Wanita dilarang hisap shisha


SEORANG lelaki menyediakan shisha di sebuah kafe di Bandar Gaza kelmarin.

Wanita Dilarang Hisap Shisha


BANDAR GAZA - Pergerakan Hamas yang menguasai Gaza melarang wanita daripada menghisap shisha kerana menganggap rumah tangga dan imej penduduk Palestin akan terjejas jika perbuatan itu dibenarkan.

Larangan itu merupakan usaha terbaru pergerakan tersebut untuk melaksanakan gaya hidup yang berteraskan peraturan ketat agama Islam.

"Adalah tidak sesuai bagi seorang wanita untuk duduk bersilang kaki dan merokok di tempat awam. Perbuatan itu mencemarkan imej penduduk kami," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Hamas, Ehab Ghussein dalam satu kenyataan semalam.

Jurucakap Polis Hamas, Ayman Batneiji berkata, ramai wanita yang menghisap rokok di tempat awam telah bercerai apabila suami mereka melihat isteri masing-masing melakukan perbuatan itu.

Larangan itu diberitahu oleh beberapa pegawai keselamatan berpakaian biasa yang berjalan di sebuah kawasan kafe yang popular di Gaza. Mereka mengarahkan tidak ditawarkan shisha kepada pelanggan wanita.

Pada mulanya, pemilik-pemilik kafe keliru dengan menganggap larangan tersebut turut melibatkan pelanggan lelaki. Namun, seorang jurucakap Hamas mengeluarkan satu kenyataan bagi memberi jaminan kepada penduduk bahawa larangan itu hanya melibatkan wanita. - AP
Sumber: Kosmo! Online

*** Kesan buruk merokok ini bukan hanya melibatkan kesihatan, malah rumahtangga terlibat sama merujuk kepada berita ini. Rokok dan shisha sama sahaja hukumnya iaitu HARAM. Sila rujuk post saya sebelum ini : Shisha dan Hukum Penggunaannya.

Namun masih ramai yang tidak rasa apa-apa melakukan perbuatan dosa ini. Lebih mengejutkan ada juga daripada kaum wanita yang sepatutnya bersifat lemah lembut, pemalu dan lain-lain - sudah lari dari fitrahnya. Sepatutnya merokok atau menggunakan shisha menjadi perkara aib bagi kita umat Islam kerana bukan sahaja membazir, tetapi membawa mudharat kepada diri sendiri dan orang lain juga di samping kesan-kesan buruk yang lain. Rokok membunuh!

Hitunglah diri sendiri ketika masih ada waktu... penyesalan di kemudian hari tiada gunanya.

Monday, July 12, 2010

Taqwim Solat Bulan Sha'ban 1431H [Zaqaziq]

Takwim solat bagi bulan Sha'ban 1431 H bersamaan 12 Julai - 9 Ogos 2010.

Calculation Method: Egyptian General Authority Survey

Prayer Schedule - Sha'ban 1431

                    Location: Zagazig, Ash Sharqiyah, Egypt
                    Latitude: 30.5789 - Longitude: 31.5122

                  Qiblah Direction: 138.88° Clockwise North
===============================================================
Date         Subuh       Shuruq         Zohor          'Asar          Maghrib        Isya'
===============================================================
Sha 1     04:15 AM    05:59 AM    01:01 PM    04:37 PM    08:00 PM    09:32 PM
Sha 2     04:16 AM    06:00 AM    01:01 PM    04:37 PM    08:00 PM    09:31 PM
Sha 3     04:17 AM    06:01 AM    01:01 PM    04:37 PM    07:59 PM    09:31 PM
Sha 4     04:18 AM    06:01 AM    01:01 PM    04:37 PM    07:59 PM    09:30 PM
Sha 5     04:18 AM    06:02 AM    01:01 PM    04:38 PM    07:59 PM    09:30 PM

Sha 6     04:19 AM    06:02 AM    01:01 PM    04:38 PM    07:58 PM    09:29 PM
Sha 7     04:20 AM    06:03 AM    01:01 PM    04:38 PM    07:58 PM    09:28 PM
Sha 8     04:21 AM    06:03 AM    01:01 PM    04:38 PM    07:57 PM    09:28 PM
Sha 9     04:22 AM    06:04 AM    01:01 PM    04:38 PM    07:57 PM    09:27 PM
Sha 10   04:23 AM    06:05 AM    01:01 PM    04:38 PM    07:56 PM    09:26 PM

Sha 11   04:23 AM    06:05 AM    01:01 PM    04:38 PM    07:56 PM    09:26 PM
Sha 12   04:24 AM    06:06 AM    01:01 PM    04:38 PM    07:55 PM    09:25 PM
Sha 13   04:25 AM    06:06 AM    01:01 PM    04:38 PM    07:55 PM    09:24 PM
Sha 14   04:26 AM    06:07 AM    01:01 PM    04:38 PM    07:54 PM    09:23 PM
Sha 15   04:27 AM    06:08 AM    01:01 PM    04:38 PM    07:54 PM    09:22 PM

Sha 16   04:28 AM    06:08 AM    01:01 PM    04:38 PM    07:53 PM    09:21 PM
Sha 17   04:29 AM    06:09 AM    01:01 PM    04:38 PM    07:52 PM    09:21 PM
Sha 18   04:30 AM    06:09 AM    01:01 PM    04:38 PM    07:52 PM    09:20 PM
Sha 19   04:31 AM    06:10 AM    01:01 PM    04:38 PM    07:51 PM    09:19 PM
Sha 20   04:32 AM    06:11 AM    01:01 PM    04:38 PM    07:50 PM    09:18 PM

Sha 21   04:32 AM    06:11 AM    01:01 PM    04:38 PM    07:49 PM    09:17 PM
Sha 22   04:33 AM    06:12 AM    01:01 PM    04:38 PM    07:49 PM    09:16 PM
Sha 23   04:34 AM    06:12 AM    01:01 PM    04:38 PM    07:48 PM    09:15 PM
Sha 24   04:35 AM    06:13 AM    01:01 PM    04:38 PM    07:47 PM    09:14 PM
Sha 25   04:36 AM    06:14 AM    01:01 PM    04:38 PM    07:46 PM    09:13 PM

Sha 26   04:37 AM    06:14 AM    01:01 PM    04:38 PM    07:45 PM    09:11 PM
Sha 27   04:38 AM    06:15 AM    01:01 PM    04:38 PM    07:45 PM    09:10 PM
Sha 28   04:39 AM    06:16 AM    01:01 PM    04:37 PM    07:44 PM    09:09 PM
Sha 29   04:40 AM    06:16 AM    01:00 PM    04:37 PM    07:43 PM    09:08 PM
===============================================================


**Sama-sama kita perbanyakkan amalan sunat disamping menyempurnakan yang wajib**

Saturday, July 10, 2010

Shisha dan Hukum Penggunaannya

Oleh: Mufti Brunei



 بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atasRasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Penggunaan shisha semakin diminati oleh sebahagian masyarakat kita. Menurut satu catatan sejarah, alat shisha ini telah dicipta di India oleh seorang doktor sebagai satu cara atau alternatif yang dapat mengurangkan bahaya menghisap tembakau. Menurut doktor tersebut, asap tembakau yang disedut itu perlu ditapis terlebih dahulu melalui satu bekas air agar ia tidak mendatangkan bahaya kepada penggunanya. Maka ramailah orang percaya bahawa ia selamat digunakan berbanding dengan menghisap rokok.

Kepercayaan lama ini masih tersebar dan mempengaruhi orang yang baru mengenal atau menggunakannya hinggalah ke hari ini. Namun sejauh manakah kebenaran kepercayaan ini? Adakah kemudharatan menggunakan shisha lebih ringan daripada kemudharatan menghisap tembakau dengan rokok?

Apakah Sebenarnya Shisha Itu?

 
Shisha (Waterpipe) adalah sejenis alat yang digunakan untuk menghisap tembakau dan bahan-bahan lain seumpamanya. Ia digunakan oleh puak asli di Afrika dan Asia lebih kurang empat kurun yang lalu. Secara umumnya alat shisha terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu:

(i) Bahagian kepala (head), yang merupakan sebiji mangkuk (yang diperbuat dari tanah liat) untuk meletakkan tembakau dan arang.

(ii) Bahagian badan atau tengah (body), merupakan penghubung antara bahagian kepala dan bahagian bawah dan kebiasaannya ia diperbuat daripada bahan logam ataupun kayu.

(iii) Bahagian bawah yang merupakan sebiji mangkuk air (water bowl/water chamber). Biasanya ia diisikan dengan air tetapi kadang kala ia juga boleh diisikan dengan susu, jus buah-buahan ataupun wain. Bekas air ini selalunya diperbuat daripada kaca.

(iv) Hos dan alat penyedut (mouthpiece) yang digunakan untuk menyedut asap keluar daripada alat shisha tersebut. Namun begitu terdapat juga beberapa perbezaan dalam reka bentuk shisha ini mengikut tempat serta adat penduduk yang menggunakannya. Sebagai contoh, ada yang mempunyai hos dan alat penyedut yang lebih dari satu dan boleh dikongsi berdua atau lebih dan juga perbezaan pada bentuk dan saiz bahagian kepala atau bekas airnya.

Bahkan nama bagi shisha ini juga berbeza mengikut tempat atau negeri. Misalnya di negeri-negeri di kawasan Mediterranean Timur (Turki, Syria dan lain-lain) ia dikenali dengan nama narghile, di Mesir dan di sesetengah negeri Afrika Utara pula ia dikenali sebagai shisha atau goza dan di India ia dipanggil hookah. Dalam Bahasa Inggeris ianya dipanggil waterpipes tetapi nama shisha lebih dikenali dan sering digunakan.

Jenis Tembakau Shisha

Terdapat dua jenis tembakau shisha iaitu yang dipanggil mu‘assal (معسل)  dan ‘ajami ( عجمي ). Tembakau mu‘assal terdiri daripada campuran tembakau, buah-buahan dan bahan manisan seperti sirap daripada tebu ataupun madu. Ia juga ditambah dengan glycerin, bahan perisa serta pewarna yang lain. Tembakau mu‘assal ini basah dan melekit dan apabila digunakan akan mengeluarkan bau yang manis dan nyaman seperti bau buah-buahan dan kebanyakan pengguna lebih suka menggunakan tembakau jenis ini.

Tembakau ‘ajami pula selalunya tidak berperisa, kering dan lebih asli. Sebelum digunakan ia perlu dicampurkan dengan air sehingga ia boleh dicanai atau dibentuk dan harganya lebih mahal.

Cara Menggunakan Shisha

Cara menggunakannya ialah dengan membakar tembakau shishaitu dengan meletakkan bahan pembakar seperti arang (sama ada arang kayu atau arang campuran) kerana tembakau shisha ini tidak dapat terbakar dengan sendirinya secara berterusan. Kemudian asap tembakau itu disedut dengan menggunakan hos atau alat penyedut.

Tetapi perlu diingat bahawa apabila pengguna menyedut asap daripada alat shisha ini, dia bukan sahaja menyedut asap daripada tembakau tetapi juga asap daripada arang, yang masing-masing mengandungi bahan kimia dan toksik yang terhasil dari pembakaran tersebut.

Kesan Shisha Menurut Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Menurut satu dokumen yang bertajuk “Tobacco: Deadly In Any Form or Disguise” yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2006, bahawa tembakau walau dalam bentuk apa pun tetap boleh mendatangkan bahaya dan mudharat kepada penggunanya, termasuklah shisha.

Ini kerana satu sesi penggunaan shisha (lebih kurang 20-80 minit) akan mendedahkan penggunanya kepada asap yang lebih banyak dalam masa yang lebih lama berbanding daripada sebatang rokok (lebih kurang 5-7 minit), dan asap yang terhasil dari shisha tersebut mengandungi bermacam-macam bahan toksik yang diketahui boleh menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan berbagai jenis penyakit yang lain.

Manakala asap daripada shisha (yang terhasil dari pembakaran tembakau dan arang) mengandungi gas berbahaya seperti karbon monoksida. Selain itu ia juga mengandungi hidrokarbon (benzene dan benzo-pyrene) yang dikatakan bahan penyebab kanser tetapi kadarnya belum dapat dipastikan.

Dari hasil penyelidikan yang dijalankan, penggunaan shisha juga dikaitkan dengan berbagai penyakit serius seperti penyakit jantung koronari, atherosclerosis, penyakit sistem pernafasan yang kronik, kanser mulut, kanser pundi kencing dan juga saluran darah tersumbat (clogged arteries).

Selain itu penggunaan shisha juga dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit berjangkit seperti turberculosis (TB), hepatitis, herpes, jangkitan virus di bahagian pernafasan dan bahkan juga HIV.

Walaupun kajian mengenai shisha ini belum dilakukan secara intensif sebagaimana yang dilakukan terhadap rokok, namun kajian awal telah menunjukkan bahawa shisha itu boleh membawa risiko dan bahaya yang sama yang disebabkan oleh rokok. Ini adalah berdasarkan kesimpulan yang telah dibuat pihak WHO dan disokong oleh data saintifik, telah menyatakan:

    "Menggunakan shisha untuk menghisap tembakau boleh menyebabkan bahaya kesihatan yang serius kepada perokok dan juga orang lain yang terdedah kepada asap tembakau tersebut."

Apa yang jelas menurut hasil kajian dan data yang ada mengatakan bahawa shisha boleh membawa risiko dan bahaya yang sama seperti rokok dan ia bukanlah satu alternatif yang selamat bagi rokok. Hakikatnya, walaupun dalam bentuk dan cara yang berbeza menghisap shisha adalah menghisap tembakau dan kajian sains telah membuktikan bahawa tembakau dan pendedahan kepada asapnya boleh menyebabkan bermacam-macam penyakit, bahkan boleh membawa maut.

Larangan Memudharatkan Atau Membunuh Diri

Agama Islam sebagai agama sejahtera sangat menghargai nyawa serta kehidupan dan mementingkan kesihatan, keafiatan, kecergasan dan kekuatan, dan kesemuanya itu bagi tujuan yang satu iaitu untuk beribadat kepada Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Kerana itu Islam melarang umatnya daripada memudharatkan diri mereka sendiri, apatah lagi membunuh diri sendiri. Larangan ini banyak disebutkan dalam ayat-ayat al-Qur’an antaranya firman Allah Subhanahu Wa Ta‘ala:

... وَلا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا (٢٩
Tafsirnya:
    “Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri (atau membunuh orang lain). Sesungguhnya Allah Maha Pengasih terhadap kamu.”

(Surah an-Nisa 29)

FirmanNya lagi:

... وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ...
Tafsirnya:
    “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu dengan tangan kamu sendiri ke dalam bahaya kebinasaan.”

(Surah al-Baqarah: 195)

Dalam hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga jelas melarang umatnya daripada membahayakan diri sendiri dan juga orang lain. Sabda Baginda :

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ
Maksudnya:
    “Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh berbuat kemudharatan.”

(Hadits riwayat Ibnu Majah)

Ayat al-Qur’an dan hadits ini jelas melarang manusia dari membunuh dan memudharatkan dirinya sendiri dan juga orang lain. Kerana seseorang manusia itu tidaklah memiliki dirinya sendiri sehingga dia boleh sesuka hati melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Bahkan dia adalah milik Allah Subhanahu Wa Ta‘ala. Kehidupannya adalah hak Allah Subahanahu Wa Ta‘ala kerana Dialah yang mengurniakannya dan Dialah yang berhak ke atasnya. Begitu juga kesihatan seseorang, ia merupakan kurnia dan nikmat Allah kepadanya.

Oleh kerana itu haram seseorang menamatkan riwayat hidupnya sendiri (membunuh diri) dan memudharatkan kesihatannya padahal dia tahu bahayanya, kerana manusia dan kehidupannya adalah milik Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Tidak ada perbezaan antara orang yang membunuh diri secara mengejut dengan orang yang membunuh diri secara perlahanlahan, seperti dengan memakan racun. Ini kerana kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama, yang berbeza hanyalah segera ataupun lambat. Tetapi natijahnya adalah sama iaitu memudharatkan atau menyebabkan kematian. Kedua-dua cara ini sama tertegahnya di sisi Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Untuk memelihara kesejahteraan umatnya, Islam juga telah menetapkan beberapa kaedah bagi menolak bahaya dan kemudharatan, antara kaedah yang digunakan para ulama dalam menentukannya ialah :

الضَّرَرُ يُزَالُ
Ertinya:
    “Kemudharatan itu dihilangkan (dihindarkan).”

Maka jika sesuatu benda itu sabit mendatangkan mudharat, kerosakan dan kebinasaan, hendaklah ia dijauhi dan dihindari. Memakan, meminum dan juga menghisap benda-benda yang memudharatkan hendaklah dielakkan bahkan ia dihukumkan haram. Tidak kira sama ada bahaya atau mudharat tersebut datang secara perlahan-lahan atau serta merta, kerana para ulama telah mengatakan bahawa bahaya secara perlahan-lahan juga adalah sama dengan bahaya yang serta merta, kedua-duanya perlu dielakkan.


Jika dilihat berdasarkan hasil kajian yang ada setakat ini menyatakan bahawa shisha itu boleh membayahakan kesihatan sebagaimana rokok, maka ia adalah haram. Kerana apabila syara‘ mengharamkan al-khaba’its (benda-benda yang keji, jijik, buruk dan seumpamanya) atau perkara yang merbahaya atau memudharatkan, ia adalah berdasarkan kaedah:

    “Apa juga makanan atau minuman yang mengandungi unsur-unsur alkhaba’ith adalah haram.”

Yang mana kaedah ini didasarkan kepada ayat-ayat al-Qur’an serta hadis di atas. Maka apabila shisha itu memudharatkan, dan setiap yang memudharatkan itu haram dimakan atau diminum, maka menghisap tembakau menggunakan shisha itu juga adalah haram.

Menyentuh mengenai perkara memakan dan meminum benda yang memudharatkan dan merosakkan tubuh badan, dalam al-Qur’an Allah Subhanahu Wa Ta‘ala telah menerangkannya dengan terang dalam firmanNya:  



...وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ...
Tafsirnya:
    “Dan Dia menghalalkan bagi mereka yang baik-baik dan mengharamkan ke atas mereka (segala) yang buruk.”

(Surah al-A‘raf 157)

Antara maksud atau huraian perkataan al-khaba’its ialah sesuatu yang menjadi sebab kerosakan dan bahaya kepada tubuh badan atau dari sumber-sumber yang memudharatkan. Walaupun perkataan al-khaba’its dalam ayat ini ditujukan kepada (memakan) daging babi dan riba, namun menurut al-Imam Fakhruddin ar-Razi Rahimahullahu Ta‘ala ketika mengulas ayat di atas adalah seperti berikut:

Ertinya:
    “Mengikut pendapatku: Setiap benda yang dipandang jijik oleh tabiat (tabiat semula jadi) dan dianggap kotor oleh jiwa, adalah memakannya boleh menyebabkan timbul kesakitan atau kemudharatan. Dan asal (dasar) hukum segala yang memudharatkan itu haram. Oleh yang demikian, maka asal (dasar) hukum setiap benda yang dipandang jijik oleh tabiat juga adalah haram, melainkan benda-benda yang mempunyai bukti untuk dikecualikan.”

Hukum Penggunaan Shisha

Berdasarkan hasil kajian dan penyelidikan awal mengenai shisha, menunjukkan bahawa ia boleh membawa risiko dan bahaya yang sama seperti rokok, bahkan ia juga dikatakan boleh menyebabkan penyakit yang sama yang berkaitan dengan menghisap rokok. Walaupun kajian yang lebih terperinci masih dijalankan dan belum ada keputusannya, namun hasil keputusan itu nanti tidak mungkin menyatakan bahawa shisha itu selamat digunakan dan tidak membahayakan kesihatan kerana menurut kajian awal (preliminary research) sahaja telah menunjukkan bahayanya terhadap kesihatan.

Maka jelaslah bahawa menghisap tembakau menggunakan shisha membawa bahaya kepada kesihatan dan boleh menyebabkan berbagai penyakit, maka hukum menghisapnya adalah haram. Ini kerana sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum ini, setiap yang boleh memudaratkan atau mendatangkan bahaya, tidak kira secara perlahan atau serta merta, hukumnya adalah haram.

Sumber : Mufti Brunei


Tag: Hukum hisap shisha

Monday, July 5, 2010

Kisah Kerajaan Semut


Ianya bermula dengan satu kisah dan dihadapkan ke hadapan Hakim Semut…
 

Pendakwa: Apakah yang engkau telah lakukan dahulu wahai Gadis Semut?

Gadis Semut: Errr! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut

Pendakwa: Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama? soal balas Pendakwa yang mukanya teramat bengis.  

Gadis Semut: Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan.  

Pendakwa : Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga ( bentak kepada Pendakwa Pembantu yang lain). 

Pendakwa : Wahai ibu bapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu? (tanya Pendakwa dengan tegasnya

Ibubapa: Kami lalai tuan, kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama. Jawab ibubapa Gadis Semut tersebut

Pendakwa : Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga.( bentak Pendakwa).  

Pendakwa : Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?( tanya Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.

Ustaz dan Ustazah: Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan.  

Pendakwa : Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini? 

Ustaz dan Ustazah : Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan.  

Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Pendidikan. Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah? 

Menteri Pendidikan : Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan. (terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Pendakwa tersebut)

Pendakwa : Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu? (tegas soalan dari Pendakwa).  

Menteri Pendidikan : Perdana Menteri kami, tuan. (lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka).  

Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga!! Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.  

Pendakwa: Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini!??  

Menteri Besar: Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.  

Pendakwa: Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan?  

Menteri Besar: Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya. Lemah jawapan Menteri Besar tersebut.  

Pendakwa : Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Hakim Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini. Tuan Hakim, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.  

Hakim Semut: Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dihukum keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina.
iluv


Jika anda seorang yang berakal, tentunya anda dapat menangkap maksud petikan ringkas cerpen diatas. Semoga Allah tidak melaknat kita dan memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap sambil lewa dan cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara. Walaupun ada satu dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka kita pun akan dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan dosa ini dilakukan walaupun tanpa kita sedar. Jika ditafsir dengan lebih mendalam, kita bukan sahaja berdosa apabila mengangkat pen membuat pilihan yang salah, tapi turut dicampakkan ke dalam golongan yang sama apabila mempunyai kemampuan tetapi tidak mengangkat tangan untuk bertindak membantu golongan si Gadis Semut. 
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails