Saturday, November 21, 2009

The 500 Most Influential Muslims 2009

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Mendahului Tokoh-tokoh Islam yang Paling Berpengaruh dari Malaysia

Buku yang berjudul 'The 500 Most Influential Muslims 2009' telah diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Center. Tokoh-tokoh yang dimuatkan dalam buku ini adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang. '500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia' sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi kepada 15 katagori, iaitu katagori:
  • Ulama
  • Politik
  • Cendekiawan Islam
  • Pentadbiran
  • Lineage (Keturunan)
  • Wanita Muslimah
  • Pemuda
  • Philanthropy
  • Pembangunan
  • Sains dan teknologi
  • Seni dan Budaya
  • Media
  • Radikal
  • International Islamic Networks
  • Issues of the Day
*Sesetengah istilah bahasa Inggeris dikekalkan untuk mengekalkan keaslian maksudnya.

Kategori-kategori ini dibahagikan untuk memudahkan pemahaman terhadap kepelbagaian cara Islam dan Muslim memberi impak kepada dunia hari ini.


Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di
didunia


"DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Religious Guide of the Islamic Party of Malaysia

Dat
o' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat is a Malaysian politician, an Islamic scholar and the current chief minister of the State of Kelantan. He holds the position of Mursyidul Am—the religious guide—within the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS).

Scholarly Infuence over M
alaysian Politics As the religious guide of the Pan-Malaysian Islamic Party, Nik Mat is the spiritual leader of Malaysian Islamic politics and holds very important sway over the tenor of politics in the nation. His advocacy of sharia law to be applied to all Malay Muslims has, however, drawn criticism, especially his suggestion that women would be at a lower risk of being raped if they abandoned wearing lipstick."
Petikan daripada buku 'The 500 Most Influential Muslims 2009'
Tokoh Muslim dunia lainnya yang turut dimuatkan dalam 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Arab Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; Perdana Menteri Turki Recep Tayyib Erdogan; Syeikhul Azhar Universiti Al-Azhar, Kaherah, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Tun Dr Mahathir turut disenaraikan dalam kategori politik bersama dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang juga turut disenaraikan di dalam senarai 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam
kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Buku ini juga turut melampirkan fakta-fakta mengenai Islam, sedikit sebanyak mengenai sejarahnya, aliran-aliran fahaman dalam Islam seperti Sunnah, Syiah dan sebagainya.


Kandungan buku ini boleh
review di sini: The 500 most influential Muslims in the world Bagi yang tidak mempunyai akaun Scribd bolehlah muat turun buku ini dalam bentuk pdf dalam ruangan Share Files --> Download pada sidebar sebelah kiri di blog ini yang berjudul: 1.The 500 Most Influential Muslims 2009 atau klik di sini dan tekan download.

Wednesday, November 18, 2009

Tahniah Sekolahku!!!

Sayangi Sekolah: Misi berjaya

Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian.com.my


PASUKAN SMKA Melor menjuarai Pertandingan Reka Bentuk Jambatan Antarabangsa di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, baru-baru ini.

SMKA Melor antara sekolah aliran agama terbaik negeri, kebangsaan

SEKOLAH Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Melor, Kota Bharu, Kelantan kini antara sekolah disegani kerana mencatat pencapaian cemerlang sejak tiga tahun lalu.

Berstatus SMKA Gred A luar bandar, sekolah itu mencapai kecemerlangan setelah memfokuskan hala tujunya, iaitu kepemimpinan dan pengurusan organisasi yang proaktif, berdaya saing dan inovatif


Kini, SMKA Melor berada dalam kelompok 10 sekolah terbaik peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan.


Kejayaan sekolah itu diiktiraf apabila menerima Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori SMKA Kebangsaan 2009 dan Anugerah Kualiti SMKA Kebangsaan 2009 oleh Kementerian Pelajaran, baru-baru ini.

Pengetuanya, Ramli Awang, berkata tumpuan sekolah itu terhadap perancangan program kecemerlangan akademik, kokurikulum dan pemantapan sahsiah pelajar sejak awal tahun lagi.

WAKIL SMKA Melor, (dari kiri) Muhamad Ruzaiman Mohd Ismail, Ilman Ziat dan Nor Hanna Halim menunjukkan piala selepas menjuarai Kem Pendidikan Alam Semula Jadi Kebangsaan 2009.

Selari dengan misi mentarbiyahkan pelajar untuk mencapai kegemilangan dalam semua aspek terbabit, katanya, setiap aspek dibangun, disubur dan dizahirkan dalam bentuk dokumentasi dan tugas harian pihak pengurusan sekolah serta guru hingga membawa kepada pencapaian membanggakan.

“Dalam peperiksaan SPM 2008 contohnya, kita berjaya mendahului SMKA lain di negeri Kelantan dengan mencatat pencapaian lulus 100 peratus dalam empat subjek iaitu Kimia, Pendidikan Quran dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Prinsip Perakaunan.

“Malah secara keseluruhan, SMKA Melor menduduki tangga keenam dalam kedudukan 10 sekolah terbaik SPM peringkat negeri dan ketujuh di kalangan 10 SMKA peringkat kebangsaan, tahun lalu,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, pencapaian peringkat PMR 2008 juga tidak kurang hebatnya apabila 40 daripada 142 calon memperoleh 9A dengan lulus keseluruhan 99.3 peratus.

Ramli berkata, warga sekolahnya sentiasa menerima perubahan dengan pemikiran positif dan tidak pernah menganggap tanggungjawab diamanahkan sebagai bebanan, sebaliknya cabaran dalam merealisasikan aspirasi pendidikan negara.

“Perancangan dan hala tuju sekolah dijadikan agenda utama selari dengan objektif mendidik pelajar dengan keperibadian Islam dan membekalkan mereka ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi.

“Malah, kita juga berusaha mengembangkan potensi, minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan pelajar dengan menggalakkan penyertaan mereka dalam aktiviti kokurikulum berteraskan akademik mahupun sukan,” katanya.

Beliau menjelaskan, usaha itu berhasil apabila pencapaian pelajar dalam aktiviti terbabit meningkat, antaranya muncul johan Pertandingan Model Jambatan Antarabangsa anjuran Universiti Teknologi Malaysia 2009.

Selain itu, johan Kem Pendidikan Alam Semula Jadi Kebangsaan 2009, tempat kedua Pertandingan Essei Kepenggunaan Kebangsaan 2008, tempat ketiga Pidato Majlis Keselamatan Jalan Raya anjuran Shell Malaysia 2008.

Seterusnya, menduduki tempat ketiga Tilawah al-Quran Kebangsaan 2009 (Lelaki), pingat perak kategori perempuan 14 hingga 17 tahun Kejohanan Taekwando Kebangsaan 2007.

INFO: SMKA Melor

  • Ditubuhkan 4 Mac 1990 menggunakan peruntukan Projek Bank Dunia.
  • Pada awal penubuhan hanya menawarkan satu mata pelajaran iaitu Bahasa Arab.
  • Enrolmen 665 pelajar dan 21 kelas.
  • Berstatus sekolah kawalan di bawah kendalian Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran.

  • Sumber: Berita Harian, segmen: Pendidikan.

    ~Alhamdulillah, kejayaan demi kejayaan telah berjaya dicapai oleh sekolah. Ana sebagai lepasan pelajar SMKA Melor turut merasa bangga atas kejayaan tersebut dan semoga pihak sekolah dapat menempa kejayaan yang lebih lagi. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua warga sekolah khususnya guru-guru yang telah mendidikku sebaiknya... Semoga Allah membalas jasa antum semua dengan sebaik-baiknya...
    :) Rindu kat sekolah laa pulak... :D

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails