Sekadar gambar hiasan
Dalam bahasa melayunya berbunyi Ustaz Doktor. Pernahkah anda dengar suatu ceramah agama yg disampaikan oleh seorang ustaz yg boleh 'speaking'. Sikit-sikit pun jadilah. Pastinya ramai yg akan kagum dgn kebolehan tersebut.
"Muslimin muslimat yg dirahmati Allah sekalian, dalam Islam kita diajar bahawa matlamat tidak menghalalkan cara - the ends do not justify the means, ..." Kata seorang ustaz dlm sebuah masjid semasa ceramahnya.
Saya bukan nak meremehkan kebolehan ustaz-ustaz dalam berbahasa arab, cumanya kebolehan dalam menguasai bahasa inggeris itu adalah suatu bonus yg dapat menarik lebih byk telinga dan hati untuk diberi pengisian, peringatan dan juga ilmu agama. Maklumlah masyarakat kita sekarang lebih cenderung kepada perkara-perkara tersebut yg dianggap sebagai suatu keistimewaan yg dibawa oleh seseorang pendakwah.
Cuba anda bayangkan pula, seorang yg berkelulusan profesional seperti doktor, engineer dan sebagainya yg memberikan ceramah kepada masyarakat. Pastinya ceramah tersebut lebih menarik lagi kerana ia disampaikan oleh seorang yg ber'title' doktor sebagai contohnya.
" ...Cuba kita semua perhatikan salah satu daripada bukti kebesaran Allah kejadian manusia yg juga disebut dalam Al-quran, bermula lah daripada persenyawaan ( Fertilization) sehinggalah terbentuknya seorang manusia dalam rahim ibu. Para saintis yg mengkaji mengakui kebenaran ini dengan menyatakan ...". Maka dihurailah satu persatu proses dan peringkat kejadian manusia itu sehingga akhirnya. Para hadirin yg hadir khusyuk dan terpegun mendengarnya.
Ini adalah satu kebolehan yang sangat perlu untuk dimanfaatkan dalam menarik lebih ramai mad'u untuk menyampaikan dakwah. Dan insya-Allah dakwah yang disampaikan juga lebih berkesan memandangkan yang menyampaikannya adalah seorang profesional daripada kalangan masyarakat. Para Ustaz yg berada dalam pengkhususan agama juga sangatlah diperlukan dlm menghuraikan secara terperinci sesuatu yg disampaikan kerana sangatlah tidak ramai golongan professional yg dapat melakukannya.
Golongan profesional juga diperlukan dalam menghuraikan perkara-perkara yg bukan semua ulama' boleh mampu menghuraikannya sebagai contoh dalam penciptaan alam semesta yg dijadikan dari pada tiada kepada ada. Seterusnya dapat mengajak masyarakat utk sama-sama merenung dan menghayati kebesaran serta keagungan Allah melalui ciptaannya. Perkara ini bukan mudah untuk diperolehi melalui pembelajaran sains di sekolah mahupun universiti yang telah banyak disekularkan oleh golongan barat dengan memisahkan urusan kehidupan seharian dengan agama yang turut meninggalkan impak negatif terhadap masyarakat umumnya.
"علماء الكون جنود من جنود الدعوة"
Ulama' dalam bidang kejadian (Golongan profesional) adalah tentera daripada tentera-tentera dakwah ~Kitab Dakwah
Masing-masing memainkan peranan penting dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat yg makin hanyut dengan arus deras gelombang dunia ug memerlukan pelbagai inisiatif yg berkesan utk sama-sama mengatasinya. Tahniah diucapkan kepada mereka yg profesional yg telah dan akan berjuang untuk Islam melalui kepakaran yang ada padanya. Juga golongan Ulama' yg menjadi pewaris nabi dalam meneruskan penyebaran risalah islam itu kepada semua. Didoakan semoga para dai'ie terus istiqamah dalam berdakwah. Ingat, cabaran bukan halangan...
أللهم فقهنا فى الدين وعلمنا التأويل واهدنا الى صراطك المستقيم
أللهم آمين
Wednesday, May 27, 2009
Sunday, May 10, 2009
Dijodohkan Di Syurga
Bersumber dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita: “Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.
Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”
Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”
Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.”
Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.
Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”
Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair: Kasih...
cinta yang terindah adalah mencintaimu,
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
burung syurga menjauh
dan malaikat menutup pintu.
Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”
Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
yang tidak mungkin binasa
yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih
Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”
“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu.
Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?”
“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya.
Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga.
Sumber: Laman web inteam
p/s: Cinta hakiki hanya utk Allah... Cinta yg hakiki menyebabkan manusia sedar akan wujudnya Allah yg Maha pengasih. Berapa ramai pemuda seperti itu?
Jangan jadi cinta kera berputik dosa.
Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah...
Sehingga bertemu di post akan dtg.
Saturday, May 9, 2009
Friday, May 8, 2009
Manfaatkan Penulisan Blog untuk Perjuangan Islam
Dipetik dari Harakahdaily.net:
Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi berkata sudah ramai orang mempunyai laman blog sendiri, namun tidak selalu dikemaskini. Beliau menyifatkan perbuatan ini sepeti sebuah rumah yang dipenuhi lalang dan semak samun.
"Ada di kalangan kita suka buat blog, lepas itu kemaskini selama lima bulan sekali. Ini seperti orang buat rumah, kemudian dia biarkan laman rumah dipenuhi dengan lalang dan semak samun, lepas tu dia menjemput kita masuk, siapa nak masuk kalau rumah seperti itu lebih baik tidak payah buat blog," tegas beliau.
Katanya, ada juga orang buat laman blog tetapi bercerita pasal peribadi dia, kisah-kisah kegagalan bercinta. Ini tidak menampakan roh perjuangan, tak menyebarkan risalah yang didokong, ini merupakan kerja yang membazir masa.
Menurutnya, hari ini semua orang bercakap mengenai satu media baru, ternyata kuasa media baru boleh menyaingi media lama.
"Sehari dua ini dan melihat kegilaan anak muda untuk memiliki facebook tersendiri, masing-masing ada rangkaian dalam laman web tersebut.
"Mereka boleh menghubungi antara satu sama lain sepantas kilat, sangat malang bagi kita menggunakan faedah ini," katanya dalam ucapan perasmian Muktamar ke 24 DPPWP, 2 Mei lalu.
"Nabi dulu saw, nak sampaikan risalah kepada Raja Heraclus dan menyampaikan risalah Islam kepada Kaisar terpaksa menjelajah mengambil masa selama tiga bulan perjalanan siang dan malam dengan menunggang kuda," katanya.
Pada hari ini, katanya lagi, kita boleh sampaikan maklumat tidak sampai tiga saat untuk diketahui dan dimiliki oleh sebahagian besar rakyat yang ada disekitar kita.
"Malang untuk kita gagal memanfaatkan perkara ini.
"Saya juga nak melahirkan rasa sedih, kalau ada yang gagal memanfaatkan keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.
"Dengan menjadikan penulisan mereka yang membawa racun kepada jemaah, mendedahkan rahsia jemaah melaga-lagakan pimpinan, mencetuskan isu-isu yang mengeruhkan silaturahim di kalangan kita.
"Sepatutnya ruang itu digunakan sepenuhnya untuk mempamerkan kandungan kehebatan perjuangan yang kita dukung ini, bagaimana keindahan Islam dan bagaimana kehebatan kita menentang kebatilan, sepatutnya begitu," ujarnya.
p/s: Kita hendaklah menjadi pendokong agama, sekiranya tidak mampu jadilah penyokong agama. Namun janganlah sekali-kali kita menjadi pengongkong agama. Gunakanlah segala peluang yg kita ada untuk Islam. Insya-Allah Islam akan berada pada tempat tertinggi...Sama-samalah kita berjuang.

Subscribe to:
Posts (Atom)