Sekadar gambar hiasan
Dalam bahasa melayunya berbunyi Ustaz Doktor. Pernahkah anda dengar suatu ceramah agama yg disampaikan oleh seorang ustaz yg boleh 'speaking'. Sikit-sikit pun jadilah. Pastinya ramai yg akan kagum dgn kebolehan tersebut.
"Muslimin muslimat yg dirahmati Allah sekalian, dalam Islam kita diajar bahawa matlamat tidak menghalalkan cara - the ends do not justify the means, ..." Kata seorang ustaz dlm sebuah masjid semasa ceramahnya.
Saya bukan nak meremehkan kebolehan ustaz-ustaz dalam berbahasa arab, cumanya kebolehan dalam menguasai bahasa inggeris itu adalah suatu bonus yg dapat menarik lebih byk telinga dan hati untuk diberi pengisian, peringatan dan juga ilmu agama. Maklumlah masyarakat kita sekarang lebih cenderung kepada perkara-perkara tersebut yg dianggap sebagai suatu keistimewaan yg dibawa oleh seseorang pendakwah.
Cuba anda bayangkan pula, seorang yg berkelulusan profesional seperti doktor, engineer dan sebagainya yg memberikan ceramah kepada masyarakat. Pastinya ceramah tersebut lebih menarik lagi kerana ia disampaikan oleh seorang yg ber'title' doktor sebagai contohnya.
" ...Cuba kita semua perhatikan salah satu daripada bukti kebesaran Allah kejadian manusia yg juga disebut dalam Al-quran, bermula lah daripada persenyawaan ( Fertilization) sehinggalah terbentuknya seorang manusia dalam rahim ibu. Para saintis yg mengkaji mengakui kebenaran ini dengan menyatakan ...". Maka dihurailah satu persatu proses dan peringkat kejadian manusia itu sehingga akhirnya. Para hadirin yg hadir khusyuk dan terpegun mendengarnya.
Ini adalah satu kebolehan yang sangat perlu untuk dimanfaatkan dalam menarik lebih ramai mad'u untuk menyampaikan dakwah. Dan insya-Allah dakwah yang disampaikan juga lebih berkesan memandangkan yang menyampaikannya adalah seorang profesional daripada kalangan masyarakat. Para Ustaz yg berada dalam pengkhususan agama juga sangatlah diperlukan dlm menghuraikan secara terperinci sesuatu yg disampaikan kerana sangatlah tidak ramai golongan professional yg dapat melakukannya.
Golongan profesional juga diperlukan dalam menghuraikan perkara-perkara yg bukan semua ulama' boleh mampu menghuraikannya sebagai contoh dalam penciptaan alam semesta yg dijadikan dari pada tiada kepada ada. Seterusnya dapat mengajak masyarakat utk sama-sama merenung dan menghayati kebesaran serta keagungan Allah melalui ciptaannya. Perkara ini bukan mudah untuk diperolehi melalui pembelajaran sains di sekolah mahupun universiti yang telah banyak disekularkan oleh golongan barat dengan memisahkan urusan kehidupan seharian dengan agama yang turut meninggalkan impak negatif terhadap masyarakat umumnya.
"علماء الكون جنود من جنود الدعوة"
Ulama' dalam bidang kejadian (Golongan profesional) adalah tentera daripada tentera-tentera dakwah ~Kitab Dakwah
Masing-masing memainkan peranan penting dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat yg makin hanyut dengan arus deras gelombang dunia ug memerlukan pelbagai inisiatif yg berkesan utk sama-sama mengatasinya. Tahniah diucapkan kepada mereka yg profesional yg telah dan akan berjuang untuk Islam melalui kepakaran yang ada padanya. Juga golongan Ulama' yg menjadi pewaris nabi dalam meneruskan penyebaran risalah islam itu kepada semua. Didoakan semoga para dai'ie terus istiqamah dalam berdakwah. Ingat, cabaran bukan halangan...
أللهم فقهنا فى الدين وعلمنا التأويل واهدنا الى صراطك المستقيم
أللهم آمين
No comments:
Post a Comment