Wednesday, March 31, 2010

Ciri-ciri Wanita Solehah

Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (Riwayat Muslim).*

Ciri-ciri wanita solehah.

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga yang penuh keni'matan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

1- Taat kepada Allah dan RasulNya

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
- Berbuat baik kepada dua ibubapa
- Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
- Bersikap baik terhadap jiran tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1- Lupa mengingati Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya: " Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."

Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.

2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia

Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana keni'matan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: Ertinya:" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."


Sumber: Idhamlim.blogspot.com

Mulakan dengan salam


Mulakan dengan salam


Situasi pertama

Suatu pagi...

Sedang menunggu teksi, setelah tgn diisyaratkan berhentilah sebuah teksi yg dipandu seorg pak cik yg berjambang lebat...

" Rauh fein?" (Nak ke mana?)

" Goma3ah!", aku menjawab.

"Yallah, ta3aal". Jawab pak cik itu.

maka aku pun masuk... bermulalah dialog antara aku dan dia...

Aku mulakan dengan salaam.

"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh, 3ammal eih?"
Wah! Penuh pak cik ni jawab salam... Lalu aku menjawab:
"Alhamdulillah kuwais, wa enta?"
"Alhamdulillah... enta minin? indonizi" Soal pak cik itu...
"La2, ana min malizi." Jawab ku.

Begitulah dialog basic hari2 yg pasti akan berlaku setiap kali berjumpa dengan arab.

Pernah sekali aku naik teksi semasa pulang dari kuliah terlupa memberi salam.
Lalu setelah beberapa detik, driver teksi itu berkata:

"Enta muslim???"
"Na3am alhamdulillah" jawabku.
Maka dia pun bagi pesanan dengan nada sebagaimana orang tua memarahi anaknya: Setiap kali jumpa orang, sebar-sebarkanlah salam. itu tandanya kamu seorang muslim yang baik.
Itulah yang aku fahami dari kata2nya dalam bahasa arab yg agak fushah.

Setelah itu, aku berkata "Ma'aleisy... insya-Allah".

Selepas daripada itu, hampir setiap kali aku bertemu dengan semua org yg nampak muslim (kalau ada lambang salib tak perlulah bagi salam), maka aku dahului dengan salam... lelaki kepada lelaki sahajalah :)

dan kalau diperhatikan semua org arab khususnya menjawab salam dengan mesra, siap ditanya khabar lagi.

Situasi kedua

Dua orang sahabat kulliah azhar, berjln2 dan terserempak dengan pemuda2 arab yg kurang tahap kesopanannya, lalu pemuda2 tersebut melemparkan kata2 "hungga bungga" yg apa maksudnya tak tahulah. Tetapi pastinya maksud yg tidak baik kerana mereka ketawakan dua org sahabat tersebut kemudiannya...

Lalu pelajar al-azhar tersebut menbalas:
"Ibda2 bima bada-allahu bih, qul assalamualaikum"
ابدأ بما بدأ الله به, قل السلام عليكم

Perkataan yg buruk dibalas dengan baik, itulah bijaksana bukannya balas dengan menjawab perkataan buruk juga disamping dapat memberi pengajaran kepada mereka.


~sedikit pengajaran yg berguna bagiku~

Moral of the story:
Sebarkan salam sesama kamu, sebagaimana Rasulullah s.a.w. yang sentiasa mendahului salam kepada sahabat2 baginda

Sabda Rasulullah saw "Mahukah kamu, saya beritahukan sesuatu tentang yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi? Budayakanlah ucapan salam diantara kamu" (Hadith riwayat Muslim)

~~~~~~~~~~
Cerita tersebut ada yg benar, diolah sendiri supaya senang ditulis.
Salah dan silap mohon diperbetulkan.


indicator:
2 bermakna huruf hamzah
3 bermakna huruf 'ain

Tuesday, March 16, 2010

Palestin Bersendirian Pertahan Al-Quds

Perkembangan terkini di Palestin.

Menurut sumber, tindakan Israel yang membuka gereja Kharrab berdekatan Masjid Al-Aqsa telah menimbulkan kemarahan penduduk Palestin. Sebagaimana dinyatakan, tujuan pembukaan gereja ini adalah salah satu usaha Israel bagi me'yahudi'kan Al-Quds dan mahu mengubah kedudukan Al-Aqsa, malah lebih dahsyat 'haikal' yang didakwa Israel akan dibina setelah keruntuhan Al-Aqsa. Ketika ini, pertempuran masih berterusan di beberapa kawasan di Tebing Barat.
Sumber klip berita 16/03/2010

Utara Ramallah
Pemuda-pemuda Palestin bertempur dengan tentera penjajah berdekatan pos kawalan tentera Israel.
Isawiyya berhampiran Al-Quds
Bulan Sabit Merah: 38 penduduk Palestin parah dalam pertempuran dengan tentera penjajah.

Selatan Ramallah
Pertempuran antara pemuda-pemuda Palestin dengan tentera penjajah berhampiran pos kawalan Qalandia.

Kawasan jajahan 1948(garisan hijau)
Penjajah menghalang beberapa buah bas(Palestin) dari kota-kota kecil yang terletak dalam garisan hijau menuju ke bandar Al-Quds.

Mukhayyam Sha'fat
Pertempuran juga merebak di kawasan ini antara penduduk Palestin dengan tentera penjajah.
Sumber melaporkan di kawasan pertempuran(tidak dinyatakan tempat), beberapa lagi penduduk Palestin parah dan cedera malah ada yang ditangkap. Dianggarkan setakat ini, jumlah penduduk Palestin yang parah dan cedera seramai 45 orang.

Tebing Barat masa ini dikawal ketat tentera penjajah.


Ismail Haniah, Perdana Menteri, Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza dalam kenyataannya beberapa minit yang lalu mendesak umat Islam dan kuasa-kuasa Arab supaya sebaris dalam menentang kejahatan Israel kerana Allah Ta'ala dan demi Al-Quds.

Beliau turut meminta Pihak Berkuasa Palestin Ramallah agar tidak mengekang penduduk Palestin yang mahu menentang penjajah berikutan perlanggaran ke atas hak-hak suci umat Islam.

Hatim Abdul Qadir, anggota FATAH yang mengendalikan dokumen Al-Quds menuduh Pihak Berkuasa Palestin Ramallah sengaja menghalang penduduk Palestin yang mahu menyertai tunjuk perasaan yang menuju ke kawasan pertempuran.

Sementara itu di Gaza, golongan penuntut universiti dan sekolah turut mengadakan tunjuk perasaan di hadapan bangunan Majlis Legislatif Palestin sebagai tanda protes perlanggaran Israel di bandar Al-Quds.

Amerika Syarikat(US)
Di sudut rundingan, George Mitchell, utusan Amerika Syarikat di Timur Tengah yang dijadualkan tiba hari ini di rantau Timur Tengah telah menunda kunjungan tersebut.

Sumber 16/03/2010, web berita al-Jazeerah (Laporan sehingga jam 2.30 petang, waktu Mesir)

Sila ikuti perkembangan lanjut di laman web ini:
 http://map2street.blogspot.com/

Tuesday, March 9, 2010

Hikmah Perlaksanaan Hukuman Sebat dari sudut Sains

Apabila Allah menjadikan manusia, Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri. Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukum dengan hukuman hudud antaranya ialah hukuman bagi mereka yang melakukan penzinaan. Apabila sabit kesalahan, terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu :
1. Sebat 100 rotan untuk pesalah yang BELUM BERKAHWIN.
2. Rejam sampai mati untuk pesalah yang SUDAH BERKAHWIN.


الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ (٢) 

 Maksudnya:“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”  Surah An-Nuur (24), Ayat 2.

Juga telah diriwatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibn. Mas’ud r.a bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali berlakunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan orang yang keluar daripada agamanya juga yang berpecah daripada jamaah orang-orang Islam.”

Adakah sahabat-sahabat sekalian terfikir mengapa terdapat perbezaan di dalam hukuman yang dijalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh kategori manusia yang berbeza?

Sepintas lalu ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika sabit kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran kepada mereka yang telah melakukannya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi pesalah jenis ini adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan. Keinginan mereka adalah disebabkan oleh dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskannya melakukan kesalahan zina.

Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah yang sudah berkahwin kerana pesalah jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.
  

HIKMAH DISEBALIK PELAKSANAAN HUDUD INI DARI SUDUT SAINS

Di dalam badan manusia, terdapat satu sistem pertahanan badan yang dipanggil sistem Imuniti. Sel yang paling berperanan dalam menghasilkan sistem pertahanan badan ialah sel darah putih. Sama ada B Limfosit yang berperanan menghasilkan Imuniti pembaikan sel ”Cell-Mediated Immune System”. Apabila virus Aids menyerang manusia, sistem pertahanan badan T4 Limfosit akan dimusnahkan dengan cara virus itu melekatkan dirinya di permukaan T4 Limfosit bagi menggagalkan fungsi T4 Limfosit sehingga manusia mengalami kelumpuhan sistem pertahanan badan AIDS ”Acquired Immunologic Deficiency Syndrome”.

Bagi pesalah yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibodi T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Sekiranya seseorang pesalah itu sudah dihinggapi HIV selepas penzinaannya T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV AIDS yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan sel-sel sum-sum tulangnya mati tidak dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru dengan jumlah yang banyak kerana sebahagian daripada sel darah putih itu bertukar menjadi benih manusia. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang. Pesakit jenis ini mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan.
Tetapi dengan syarat :
Ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kerosakan sel yang banyak bagi merangsang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta menggalakkan sum-sum tulang mengeluarkan antibodi yang baru.
Cara yang terbaik adalah dengan cara menyebat di bahagian belakang tulang belakang manusia di kawasan antara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang tubuh badan manusiadengan sebatan yang merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfosit menjadi dua kali ganda jumlahnya daripada jumlah Virus Aids dalam tubuh badan manusia dan ia menjadi lebih dominan daripada Virus Aids sehingga ia dapat memusnahkan virus Aids dan terselamat daripada virus Aids.

Jika pesalah tersebut adalah mereka yang telah berkahwin, apabila dihinggapi virus Aids sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang kurang menghasilkan antibodi kerana fungsinya lebih banyak ditumpukan ke arah penghasilan benih-benih bagi menghasilkan sperma-sperma baru. Pesalah jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus Aids dan rejam sehingga mati merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberi pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

Oleh :
Dr. Haji Jamnul Azhar B. Haji Mulkan

Sebat Cara Sivil Lebih Zalim


Maklumat Ringkas:
SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.






“YANG MANA ADIL, YANG MANA ZALIM?”
http://www.isuhangat.net

-----
- TKO -

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails