Sunday, March 22, 2009

Amankah Malaysia?

Keamanan yang HAKIKI adalah bergantung kepada apa yang telah DIUKIRKAN oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran yang mulia. Keamanan yang diwarwarkan oleh manusia seringkali melencong daripada maksud keamanan yang sebenar sejajar dengan fitrah manusia. Oleh yang demikian mahu tidak mahu kita terpaksa menurut garisan SYARAK untuk memastikan kita betul-betul mengecapi erti SEBUAH KEAMANAN……

Bagi saya keamanan yang tidak selari dengan landasan kitab suci, maka itulah SEBENARNYA yang dikatakan KEHANCURAN………………….

Selama mana manusia tidak berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah maka selama itulah juga manusia akan MERANA di dalam KEHANCURAN HIDUP………..

Negara yang AMAN adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam surah saba’ ayat 15 yang bermaksud “……………..negeri yang baik lagi mendapat keampunan daripada Allah” (KEAMANAN DAN KEAMPUNAN ALLAH TIDAK DAPAT DIPISAHKAN)……………………

Sebelum anda kata Malaysia sebuah Negara yang aman dan bahagia cuba lah anda perhatikan SEDETAIL YANG MUNGKIN dahulu apa yang telah dan sedang berlaku di Malaysia sekarang………Sudah tentu anda tahu kan? Itupun kalau anda seorang yang mengikuti arus semasa dan perdana........................

Dada-dada akhbar menjadi bukti keadaan Malaysia yang sebenar…………….

Dan boleh kita katakan masalah-masalah yang timbul sekarang masih banyak lagi tidak menemui penyelesaian sehingga hari ini……………………

Hakikatnya Malaysia sekarang memang jauh berbeza kalau nak dibandingkan dengan Malaysia dahulu………

Rakyat rasmi di Malaysia memang kita sedia maklum iaitu namanya MELAYU. Tau tak anda apa maksud melayu???. Senang jer jawapannya, maksudnya LEMAH. Sebenarnya saya sangat tidak setuju bangsa kita dinamakan melayu. Entah lah siapa sebenarnya yang mewujudkan nama ni. Saya betul-betul tak setuju. Tapi bila kita fikir balik betullah kata orang kadang-kadang nama yang disebut-disebut telah menjadi suatu DOA dan memberi IMPAK yang sangat BESAR kepada pemilik nama…………betul tak?? Mungkin anda pandang remeh pendapat saya. Tak kisah lah apa pun anda nak kata...................

Semasa zaman jahil dulu saya rasa seronok sangat-sangat hidup di Malaysia kerana saya sangka memang saya berada di sebuah Negara yang aman, tapi bila dah dewasa, pemikiran pun dah matang, ilmu pun bertambah, kepimpinan pun dah mula berbuah, saya jadi takut nak lafazkan bahawa Malaysia sebagai Negara aman berdasarkan pengamatan saya pada apa yang berlaku di Malaysia sekarang…………Bila fikir-fikir balik rupa-rupanya saya just membuat penilaian berdasarkan penilaian Allah sahaja. Saya tak guna pun sumber lain. Kalaulah saya tidak menilai berdasarkan agama mungkin saya akan dapati agak sukar bagi saya untuk menyedari bagaimana realiti Malaysia sebenarnya……..

Logik lah jugak kalau saya katakan masalah orang melayu sekarang bertimbun-timbun adalah revelan dengan nama MELAYU………..(layu dalam pelbagai aspek)

Selepas anda baca apa yang saya tulis ini, jangan lupa cek dulu sejauh mana benar ataupun silap kenyataan saya (itupun kalau anda tak percaya tulisan saya)……………….Kalau anda dapat menafikan semua yang saya sebut di bawah ini maka boleh lah anda katakan Malaysia adalah sebuah negara aman dan makmur. Tak gitu??

Kes Antatuya – kita pun sedia maklum kan kes ni tak settle sampai sekarang? Agak-agak anda kenapa jadi macam ni? Bagi saya benda ni mungkin lah satu bala daripada Allah untuk pemberi pengajaran kepada rakyat Malaysia. Bila penyakit itu tidak dijumpai ubatnya maka rosaklah............

Kehilangan adik syarlinie – ada orang kata kes ini telah membongkarkan lagi kelemahan sistem perundangan Malaysia. Ini bukan saya yang kata tapi kawan-kawan saya………. Apa pendapat anda?. Sehingga sekarang adik syarlinie masih belum dijumpai. Entah apa yang sedang berlaku kepada adik ni sekarang. Cuba anda bayangkan kes ini berlaku kepada anak anda macam mana? Saya yakin anda tentu akan TERTEKAN GILERRRRRRR. So adakah anda hanya sekadar menyebut “ tak pelah saya redha dengan apa yang berlaku” ? Ke di sana ada sesuatu untuk anda bertindak?

Ribuan anak luar nikah – anda pun tahu kan anak luar nikah di Malaysia sekarang semakin ramai?. Ramai giler tau tak..... Agaknya apa punca yang menyebabkan timbulnya masalah ni? Orang Malaysia kuat nafsu ke? Ataupun orang Malaysia ramai yang miskin sampai tak mampu nak kahwin? Ke macam mana? Adakah ini nilaian sebuah keamanan bagi rakyat yang merdeka?

Sambutan hari maksiat – ini pun ada orang kata sambutan tahun baru dan malam kemerdekaan adalah sebagai “hari sambutan maksiat”. Saya pernah hadir pada sambutan malam kemerdekaan dekat Masjid Syakirin. Ribuan umat islam terutama para remaja yang hadir untuk sama-sama menyaksikan persembahan bunga api yang menelan belanja ribuan ringgit. Saya lihat sendiri dengan mata kepala saya betapa ribuan anak-anak muda melayu bersama pasangan masing-masing menanti saat ‘bahagia’ (berseronok di lubang neraka)………………..mungkin inilah yang dikatakan Malaysia Merdeka kot........

Perogol dipotong telinga – pernah berlaku beberapa tahun lepas adalaaa…….. seorang hamba Allah tu buat cadangan supaya dipotong telinga terhadap perogol kerana alasannya amat kukuh (kononnya). Nak tau apa alasannya? Sebab si perogol ni jenis tak dengar nasihat, so dia patut dipotong telinga………………..logik tak sedara? Sedangkan kita lupa bahawa ini lah sebenarnya ‘jenayah’ kepada umat islam………….apa boleh buat bila ayat Allah dilelong..............

Mat Rempet cintakan Minah Rempet – bagi saya ini gejala menarik dan memikat sesetengah remaja juhala’. Betullah kata Allah dalam surah an-Nur yang bermaksud: “Perempuan yang jahat hanyalah untuk lelaki yang yang jahat…………..”. Maka tak mustahil lah kalau wujud mat rempet mestilah akan wujud juga minah rempet, kalau wujud jiwa ustaz maka akan wujud juga jiwa ustazah. Inilah sunnatullah…………Tapi yang saya kecewa amat sedikit rakyat Malaysia yang pandai mendidik anak mereka berjiwa ustaz. Apa boleh buat ayah dulu pun mat rempet, mak dulu pun bekas minah rempet…………..jadi maknanya kalau sape-sape yang ada anak berjiwa mat rempet, maka bersedialah untuk menerima menantu yang berhati minah rempet. Logik tak pendapat saya?

Ulamak dunia- kalau anda seorang yang belajar agama maka anda akan melihat timbulnya 2 jenis ulamak di Malaysia iaitu ulamak dunia dan ulamak akhirat. Kenyataan ini ditegaskan oleh Imam al-Ghazali. Agak ramai la jugak ulamak dunia bertebaran di Malaysia. Anda tau tak apa maksud ulamak dunia? Imam al-Ghazali kata “Ulamak dunia adalah ulamak yang menjadikan agamanya sebagai tempat cari makan (mereka menjual agama Allah dengan harga yang sangat murah). Sebab tulah lahirnya banyak fatwa-fatwa yang terpesong dari syariat……………………….mungkin inilah jugak sebab kenapa Malaysia diiktiraf sebagai negara ‘bahagia’………………..

Kes Rompakan dan Kecurian – Bagi saya kes ini dah menjadi kebiasaan bagi umat Malaysia. Anda setuju?. Sebab apa saya kata biasa? Benda boleh katakan hari-hari masuk akhbar dan televisyen macam mana kita tak kata biasa? Padahal di sisi Allah kedua-dua kes ini menjadi satu dosa yang BERAT……………………….tapi hakikatnya negara kita bahagia kalau ada pencuri kan?

Perhimpunan BERSIH – saya dapat berita lah, tak tau betul ke tak, anda selidik sendirilah, perhimpunan ini berlaku atas sebab ketidakpuasan hati terhadap sistem pilihanraya di Malaysia. Saya tengok lebih 100 ribu jugak yang hadir sebab ramai yang tidak puas hati dan kita sama-sama menyaksikan perhimpunan ini telah menghuru-harakan rakyat Malaysia kerana ianya diharamkan oleh kerajaan. So disini kita melihat wujudnya 2 golongan iaitu golongan yang menentang kerajaan dan golongan yang mencintai kerajaan. So ini lah juga bukti sukar untuk kita katakan negara ni negara aman bahkan mungkin secara warasnya kita akan fikir negara kita masih tidak ‘merdeka’ kerana berlaku perpecahan rakyat.

Kes Lina Joy – anda tentu tahu bagaimana sebenarnya negara Malaysia selepas mengikuti isu ini………………..

Pembunuhan adik Nurin – Betapa sedihnya nasib yang berlaku kepada arwah adik Nurin. Mayatnya ditemui dalam keadaan yang teramat KEJAM lebih hina daripada binatang. Rupa-rupanya kita sedar masih lagi wujud manusia yang berhati binatang di negara kita. Siapa mereka itu? Anda mungkin akan mengenali mereka. Tak sekarang mungkin besok. Tak besok mungkin lusa dan seterusnya………..dan tidak mustahil anda juga bakal menjadi MANGSA seterusnya. beware…………………

Rombakan Rumah Allah (masjid) – Apa yang penting kejadian rombakan rumah Allah tanpa alasan yang munasabah telah banyak berlaku di negara kita. So kalau lah berlaku lagi penghinaan terhadap rumah Allah maka tak mustahil lah negara kita akan menerima bala…………………

Masjid Dhiror – ada orang kata Masjid Kristal di Terengganu adalah Masjid Dhiror. Entah aku pun tak pasti sejauh mana betul kata orang. Aku tak berani sangat nak menghukum. Tapi kalau benarlah masjid kristal dibina atas tujuan kepentingan peribadi semata-mata dan menjadi penyebab berlakunya PERPECAHAN di kalangan umat islam di Terengganu khasnya dan di Malaysia amnya, maka patutlah kita iktiraf sebagai Masjid Dhiror

Kes Murtad – peliknya Malaysia sampai tahap umat islam ramai yang murtad berbeza dengan amerika dan eropah yang semakin ramai memeluk islam. Kalau anda tak percaya cuba anda selidik bagaimana percambahan umat islam yang berlaku di Amerika dan Eropah sekarang. Eh negara Malaysia bukan power sangat pun dalam pembangunan tapi kenapa sampai tahap nak murtad? Pelik lah. Orang Eropah jauh lebih maju daripada kita tiba-tiba mereka pulak yang berduyun-duyun masuk islam. Tak ke terbalik?

Kes Pembuangan Bayi – telah beratus-ratus kes pembuangan bayi berlaku di negara ini sehingga kita boleh katakan isu ni bukan isu janggal di kalangan rakyat. Nak buat macam mana dah terlalu kerap berlaku. Saya rasa punca besar berlaku kes ni ialah sebab zina. Itulah logiknya. Dah mereka tak sanggup nak tengok ANAK HARAM. Eh anda tau tak binatang tak pernah diberi peluang oleh Allah untuk merasai nikmat ada akal tapi tak pernah berlaku dalam sejarah binatang membuang anak mereka……………..pelik tak?

Al-Quran hanya dijulang berdasarkan bacaan sahaja – Kita asyik kagum dengan pertandingan tilawah al-Quran yang dianjurkan oleh kerajaan hingga ke peringkat kebangsaan, sedangkan kita tak sedar apa yang berlaku di sebaliknya. Apa yang menyedihkan kita adalah quran hanya diagung-agungkan pada bacaan sahaja. Tidak lebih dari itu. Padahal matlamat yang sebenar al-Quran bukan sekadar baca bahkan WAJIB ke atas setiap umat islam atau kerajaan islam untuk memastikan al-Quran di letakkan di tempat paling tinggi dalam sistem perundangan negara…………jika sekiranya al-Quran hanya sekadar dibaca maka akan hilanglah KEHEBATAN SEBENAR AL-QURAN. Tak gitu?......

Undang-undang Allah dipinggirkan – disebabkan lahir ramai golongan yang menjual agama Allah dengan harga murah maka automatik akan berlakunya perbahasan-perbahasan untuk melumpuhkan undang-undang al-Quran. Hal ini berlaku hanyalah kerana mereka merasakan undang-undang Allah dah tidak sesuai di zaman moden bahkan ia just suitable pada zaman dahulu kala sahaja………Maka saya merasakan permasalahan umat islam selama-lamanya tidak akan dapat diselesaikan selagi mana hukum Allah tidak diyakini sepenuhnya………….

Nabi Muhammad hanya disanjung bulan Rabi’ulawal sahaja – kita sedia maklum Nabi S.A.W merupakan contoh paling ideal bagi manusia bukan untuk umat islam sahaja. Tapi satu perkara yang mengecewakan kita, Nabi Muhammad hanya diingati pada bulan Rabi’ulawal sahaja. Apa reaksi sesetengah umat Malaysia selain bulan ini?? Mereka seolah-olah tidak pernah pun mengenali siapa Rasulullah. Jauh lagi nak mengamalkan sunnahnya…………

Pemimpinnya tidak menjadikan islam sebagai cara hidup yang sebenar bagi rakyatnya – ini isu telah lama diperbahaskan oleh kebanyakan rakyat yang sedar. Saya teringat satu kata-kata hikmah iaitu “ manusia itu akan terikut-ikut dengan agama yang dibawa oleh pemimpin mereka”. Maka senang kita nak simpulkan bahawa kalau pemimpin borek maka rakyat CONFIRM akan rintik. Inilah bukti betapa pentingnya kita mengangkat pemimpin yang mampu membawa QUDWAH kepada rakyat……………….Cuba anda perhatikan zaman pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz…………..hebatnya pemerintahan beliau sehingga serigala dan kambing pun tahu berdamai ( boleh duduk satu kandang)

Orang tidak pakai tudung dikatakan biasa – Sebenarnya saya dah jumpa ramai umat islam di Malaysia yang mengatakan orang tidak pakai tudung suatu fenomena biasa. Yang saya tak puas hati mereka bercakap di atas dasar kejahilan, bahkan mereka tidak merasakan ianya sebagai suatu dosa dan permasalahan umat islam............

Wujud ramai golongan yang memperjuangkan bangsa – Bila umat islam lebih rakus memperjuangkan bangsa maka kita akan melihat berlakunya perpecahan diantara orang islam yang menegakkan islam dan orang islam yang mempertahankan bangsa semata-mata. Apabila sesebuah kerajaan lebih cenderung memperjuangkan bangsa maka secara tidak langsung akan membangkitkan kemarahan daripada bangsa lain…………….

Saya rasa itulah sekadar perkongsian pandangan semata-mata untuk mencari kebenaran
Hakiki…….Apa yang pasti KEBENARAN islam CONFIRM TERBONGKAR suatu hari nanti........

Semoga Allah memberi HIDAYAH kepada sesiapa yang membaca risalah ini

Tolong sampaikan dan jelaskan kepada orang lain apa itu erti keamanan, keselamatan, dan kebahagiaan yang sebenar………………………
Wassalam.

Sumber: http://ibnuzaid359.blogspot.com/2009/03/amankah-malaysia.html

Saturday, March 21, 2009

KEPADA PEJUANG AGAMA ALLAH


Assalamualaikum..post kali ni khas buat ana dan orang2 yg mengaku sebagai pejuang Allah.Setiap orang islam wajib bertanggungjawap atas islam.Peringatan untuk sama2 kita muhasabah dalam mentarbiyah diri ke arah melahirkan pejuang Allah yg sejati bukan hanya sekadar nama saja.terutama tuan punya blog nilah.kena mujahadah..kena mujahadah..kena mujahadah dan wajib aku kena mujahadah selalu..Aku bukan baik tapi tidak salah aku berusaha menjadi yang terbaik untuk islam.Hari ini mungkin kita tidak berjaya tapi esok kejayaan pasti milik kita andai istiqamah..doa2kan kita semua moga2 kita benar2 menjiwai watak sebagai seorang muslim.


KEPADA PEJUANG AGAMA ALLAH
katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga
katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah
katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu
katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension
katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA
katanya kau seorang pejuang
kau sebok update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari
katanya kau seorang pejuang
kau xpun berdakwah
katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha
katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad
katanya kau seorang pejuang
kau lebih bela jemaah berbanding islam
katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya
katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan
katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat
katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya
katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?
katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah
katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah
katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah
katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir
katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah
katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk
katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat
katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu
katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat
katanya kau seorang pejuang!!!!

sahabat-sahabat marilah kita tepuk dada tanyalah iman kita.layakkah kita digelar pejuang atau muslim andai diri kita tidak langsung menjiwai watak seorang muslim.
Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk menempuhi segala dugaan di dunia ini,jauhkanlah kami Ya Allah dari perkara2 yg menjauhkan kecintaan kami padamu dan tanamkanlah dalam hati2 kami sifat pejuang sejati..amin..

Dipetik dari blog sahabat - Hamba Allah

Friday, March 20, 2009

Renungan bersama


14 juta orang Yahudi di muka bumi- 7 juta di US, 5 juta di Asia, 2 juta di Eropah, 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100)

Siapa antara manusia Yahudi ini?

Nabi Isa AS beragama Yahudi (asal).

Tetapi di kalangan Yahudi yang 'murtad' dan menyembah sekularisme ramai. Mereka jugalah Yahudi zionis yang membuang agama dari kehidupan serta memegang kepercayaan 'matlamat menghalalkan cara.' Antaranya



Tokoh Sains dan Falsafah

Albert Einstein, saintis. Sigmund Freud, tokoh psikoanalisis, Karl Marx, Paul Samuelson, Milton Friedman.Benjamin Rubin(pengasas suntikan pelalian), Johas Salk (vaksin polio), Getrude Elion (ubat lawan leukimia), Baruch Blumbergh (vaksin Hepatitis B), Paul Ehrlich (ubat untuk siflis), Elie Metchnikoff (Hadiah Nobel penyakit berjangkit), Bernard Katz(Hadiah Nobel transmisi neuromuskular) , Andrew Schally (Hadiah Nobel sistem endokrin dan kencing manis), Aaron Beck (Rawatan mental dan terapi kognitif), Gregory Pincus (pencipta pil perancang keluarga), George Wald (Hadiah Nobel kajian mata manusia), Standley Cohen (Hadiah Nobel embriologi), Willem Kolff (mencipta mesin dialisis buah pinggang).

Sejak 105 tahun, orang Yahudi telah memenangi 90 kali Hadiah Nobel dan 3 kali oleh orang Islam.



Tokoh Perniagaan

Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbucks's) , Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Komputer), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin&Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).



Pemimpin-peminpin dunia

Richard Levin (Presiden Univ Yale University), Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright( Bekas SU negara AS), Alan Greenspan (pembantu Presiden AS di zaman Reagan, Bush, Clinton dan G Bush), Maxim Litvinov (Bekas menteri luar Soviet Union), David Marshal (Bekas Ketua menteri pertama Singapura), Isaac Isaacs (Bekas Gabenor Jeneral Australia0, Benjamin Disraeli (Penulis Britain), Michael Howard ( Bekas SU AS), Jorge Sampaio (Bekas Presiden Portugal), Robert Rubin (Bekas SU Perbendaharaan US).



Media Massa

Wolf Blitzer (CNN), Barbara Walters (ABC News), Eugene Meyer (Washington Post), Henry Grunwald (Ketua editor Time), Katherine Graham (Penerbit The Washington Post), Joseph Lalyyeld (Editor Eksekutif The New York Times), dan Max Frankel (The New York Times).



Hartawan

George Soros (penyangak mata wang)- menderma AS 4bilion dolar membantu ahli sains dan universiti serata dunia. Walter Anneberg- menderma 2 bilion dolar AS membina ratusan perpustakaan.



Sukan

Mark Spitz- meraih 7 pingat emas di Olimpik, Lenny Krayzelburg- 3 kali pingat emas Olimpik. Boris Becker dan Spitz Krayzelburg adalah Yahudi.



Hiburan

Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis, Peter Falk.

Hollywood diasaskan oleh Yahudi. Pengarah dan penerbit Yahudi; Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1,2,3), Michael Man (Staesky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief of Baghdad), Ivan Reitman (Ghostbusters) .



FAKTA LAIN.

Di Washington, terdapat pertubuhan lobi Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi 'membuat apa saja' demi Israel.

William James Sidis dikatakan menusia tercerdik (IQ 250-300) adalah Yahudi.



Mengapa umat Islam kini lemah?

Umat Islam dianggarkan 1 bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah, dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia adalah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam.

57 negara anggota OIC dicampur semua, mempunyai 500 buah universiti atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam. AS mempunyai 5758 universiti, India mempunyai 8407 universiti.


Tahap celik umur di negara maju ialah hampir 90 peratus dengan 15 negara mempunyai 100 peratus celik umur. Manakala negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mencapai 100 peratus celik huruf.


Negara majoriti umat Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap perjuta penduduk. Di AS, 4000 persejuta, Jepun 5000 persejuta. Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan sebaliknya di negara maju, membelanjakan 5 peratus KDNKnya.


Di Pakistan, hanya ada 23 buah akhbar harian per 1000 rakyatPakistan sementara nisbah di Singapura ialah tiga ratus enam puluh. Di UK, jumlah judul buku perjuta orang ialah 2000 sementara di Mesir ialah 20.

Jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah bawah AS$2 Trilion. Amerika sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 TRilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion, dan Jerman AS$2.4 trilion.

Negara pengeluar minyak, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$500 bilion, berbanding Sepanyol AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Kesimpulannya,

Umat Islam perlu gigih berusaha. Sesiapa yang dirinya adalah Muslim perlu menonjolkan potensi dan kekayaan dirinya demi mempamerkan kemegahan bagi Islam. Zaman ini, manusia menilai kekuatan ilmu, ekonomi dan kepakaran. Kita tidak boleh lagi 'memendamkan' kebolehan diri tetapi perlu berani menyatakan pada dunia bahawa kita umat Islam bukan selamanya akan 'bergelandangan' di bumi yang Tuhan cipta khusus untuk para hamba dan khalifahNyA.


Ayuh, mulakanlah dengan diri anda sendiri walau di bumi mana anda bernafas. Jangan tidur lepas Subuh dan manfaatkanlah masa yang ada dengan apa sahaja ilmu. Solat jemaah dan tepat pada waktu jangan tinggal. Qiyamulail WAJIB. Jangan terpengaruh dengan budaya hedonisme terutama filem di televisyen.
Kawan, Diri anda adalah ASET UNTUK ISLAM

sumber: www.ummuhani.com

Friday, March 13, 2009

Isteri-isteri Rasulullah (أمهات المؤمنين)

Isteri-Isteri Nabi saw.


Nabi mengahwini ramai wanita atas suruhan Allah S.W.T. Isteri-isteri baginda digelar Ummul Mukminin yang bermaksud ibu kepada seluruh mukmin. Nabi berhenti berkahwin lagi setelah turunnya ayat yang memerintah supaya umat Nabi Muhammad hanya berkahwin sehingga empat. Nabi juga mempunyai keistimewaan boleh berkahwin lebih daripada empat. Berikut adalah senarai Ummahatul Mukminin:

Khadijah Al Khuwailid
Khadijah adalah seorang ahli peniagaan Mekah dari keluarga yang dihormati.Khadijah adalah isteri pertama Rasulullah saw. Dia berkawin dengan Nabi sw. ketika berusia 40 tahun dan Nabi saw berumur 25 tahun. Khadijah telah melahirkan 6 orang anak hasil perkahwinan mereka.. Khadijah adalah orang yang pertama beriman kepada Rasulullah saw. Dia banyak membantu Nabi saw. dalam usaha da’wah Islam peringkat awal di Makkah. Saidina Ali pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. berkata ,” Sebaik- baik wanita di zaman itu ialah Maryam anak Imran dan sebaik-baik wanita di zamannya adalah Khadijah anak Khuwailid. Khadijah meninggal pada tahun kesepuluh selepas kenabian dan digelar tahun kesedihan kerana pada tahun itu juga Abu Talib bapa saudara Nabi saw. meninggal dunia.

Saudah binti Zumah
Rasulullah saw mengahwini Saudah pada usia 55 tahun, selepas kewafatan Khadijah. Sebelum itu Saudah dan suaminya Assakran bin Amr telah berhijrah ke Habsyah dan suaminya meninggal di sana. Selepas Rasulullah saw mengahwini Saudah , ramai daripada kaumnya memeluk Islam.

Aisyah binti Abu Bakar As Siddiq
Aisyah bekahwin dengan Rasulullah saw. ketika berusia 9 tahun di Madinah. Aisyah adalah seorang yang cerdik. Menjadi kebiasaan bagi muslimat pada masa itu bertanyakan Asiyah tentang masaalah agama .Aisyah banyak meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah saw . Dia adalah seorang yang faqih di kalangan sahabat. Hingga dikatakan jika dikumpulkan semua ilmu di kalangan Ummu Mukminin maka Ilmu Aisyah melebihi mereka semua.
Satu peristiwa besar menimpa Aisyah iaitu fitnah yang dilalkukan oleh orang munafik terhadap dirinya yang dikenali sebagai hadith ifkh ( berita bohong ). Keluarga Rasulullah saw dan seluruh umat Islam Madinah menanggung beban perasaan yang amat berat sehinggalah Allah menurunkan wahyu menyucikan Aisyah. Rasulullah saw. wafat ketika Aisyah berusia 18 tahun dan dia sendiri meninggal pada usia 63 tahun.

Hafsah binti Omar Al Khattab
Sebelum menjadi isteri Rasulullah saw. , Hafsah telah berkahwin dengan Khunis bin Huidhafa bin Qays as Sahami . Dia telah berhijrah ke Habsyah sebelum Madinah. Khunis telah turut serta dalam perang Badar. Semasa perang Uhud. Hafsah turut serta bersama suaminya Khunis . Hafsah merawat tentera yang terluka. Khunis syahid dalam perang Uhud. Selepas itu Rasulullah saw mengahwini Hafsah yang berusia 18 tahun ketika itu. Dia sangat rapat dengan Aisyah.

Zainab binti Khuzaimah
Dia adalah isteri kepada Ubaidah bin Al Harith sebelum berkahwin dengan Nabi saw. Zainab juga dikenali sebagai Ummu al Masakin. Berkahwin Nabi saw. ketika berusia 60 tahun dan meninggal 2 tahun kemudian.

Ummu Salamah
Namanya ialah Hindun binti Abi Umayyah. Dia memeluk Islam bersama suaminya Abdullah bin Abdul Asad. Ummu Salamah digelar Perempuan Dua Hijrah , kerana ia berhijrah dua kali ke Madinah. Hijrah yang pertama gagal kerana dihalang oleh kaumnya. Setelah Suaminya meninggal di Madinah , Rasulullah saw mengahwininya.

Maria Al Qibti
Pada mulanya Maria adalah seorang hamba yang dihadiahkan oleh raja Mesir, Mauquqis yang beragama Nasara kepada Rasulullah saw. Rasulullah saw telah memerdekakanya kemudian mengahwininya. Maria telah melahirkan Ibrahim tetapi meninggal semasa kecil. Beliau meninggal lima tahun selpas kewafatan Rasulullah saw. Semasa Khalifah Muawiyah bin Abi sufyan, kampong kelahiran Maria telah dikecualikan dari sebarang cukai sebagai menghormati isteri Rasulullah saw.

Juwairiyah binti Al Harith
Beliau adalah orang Yahudi dari Bani Mustaliq. Ayahnya adalah ketua Bani Mustaliq. Selepas peperangan dengan bani Mustaliq , Juwairiyah dalah di antara tawanan perang. Rasulullah saw telah membebaskan Juwariyah dan mengahwininya. Sebaik sahaja Rasulullah saw. berkahwin dengan Juwairiyah, semua sahabat membebaskan tawanan Yahudi dengan menganggap semua mereka adalah ipar Nabi saw bagi menghormati Rasulullah saw. Aisyah mengatakan dia tidak mengetahui ada orang lain yang lebih membawa kebaikan kepada kaumnya seperti Juwairiyah.

Ummu Habibah
Nama beliau Ramlah dan adalah anak Abu Sufyan pemimpin Quraisyh. Sebelum berkahwin dengan Nabi saw. Ummu Habibah berkahwin dnegan Ubaidillah bin Jahsy saudara kepada Zainab binti Jahsy. Mereka telah berhijrah ke Habsyah. Setelah beberapa lama di Habsyah, uaminya Ubaidillah telah keluar dari Islam dan memeluk Nasara, dan meninggal di sana. Ummu Habibah tetap dengan Islam. Rasulullah saw. telah menghantar utusan dan menyuruh Najasyi Raja Habsyah mengawinkan Ummu Habibah dengannya.

Maimunah
Maimunah binti Al Harith Al Hilaliyyah telah berkahwin dua kali sebelum berkahwin dengan Rasulullah saw. .Ketiaka berkahwin dengan Nabi saw. usianya 30 tahun. Beliau meninggal ketika berusia 80 tahun dan adalah isteri Rasulullah saw yang paling akhir meninggal.

Safiyah binti Huyay bin Akhtab
Dia adalah anak pemimipin Yahudi dari Bani Nadhir. Safiyah menjadi tawanan selepas perang Khybar kerana orang Yahudi khianat dalam perang Ahzab.. Suaminya mati dalam perangt itu. Oleh kerana menghormati Safiyah anak ketua Bani Nadir Rasullah saw. memberi pilihan samaada ia kekal dengan agama Yahudi dan pulang kepada kaumnya atau menerima Islam dan berkahwin dengan Rasulullah saw. Safiyah telah memilih berkahwin Nabi saw.

Zainab binti Jahsy
Dia dilahirkan di kalangan keluarga terhormat Quraish iaitu cucu Abdul Muttalib. Dia berkahwin dengan Nabi saw. pada tahun 5 H. Rasulullah saw. telah mengahwinkan Zainab dengan Zaid bin Harithah iaitu anak angkatnya. Perkahwinan ini tidak menggembirakan Zainab kerana perbezaaan kedudukan keluarga dan akhirnya Zaid menceraikan Zainab setelah diizinkan oleh Rasulullah saw. Setelah selesai edah Allah memerintahkan Rasulullah saw. mengahwini Zainab untuk mengajar umat Islam bahawa boleh mengahwini janda anak angkat.
Zainab adalah seorang yang sangat kuat beribadat sehingga ia menggantungkan tali dirumahnya. Apabila ia penat bersembahyang atau mengantuk maka ia akan bergantung pada tali itu supaya ia boleh terus berdiri. Zainab juga adalah seorang pemurah. Pernah berlaku apabila Saidain Omar memberikan sebahagian dari ghanimah perang terhadap Parsi . Maka Zainab pun menyuruh hambanya menyenaraikan semua orang miskin di Madinah lalu dibahagikan kepada mereka harta itu berjumlah 80 dinar. Zainab adalah isteri Nabi saw yang pertama mengiringinya setelah kewafatan Nabi saw.

[Dipetik dari tunasislam.blogspot.com]

Update:


اعلموا رحمكم الله
أسماء أمهات المؤمنين رضى الله عنهن
إنشرها حتى يعرفها غيرك


Nama Isteri Nabi mengikut  turutan tahun perkahwinan (سنة الزواج ) dengan baginda.

Tuesday, March 10, 2009

Nasyid oh nasyid...

Hmmm... baru ada kesempatan nak ber'posting'
Dan kali ini nak saya nak bicara soal nasyid -
Lepas sekolah menengah dahulu, sudah lama saya tak me'manas'kan suara dengan latihan nasyid...dan malam ni adalah pembuka tirai pada tahun ini kerana saya dan rakan-rakan akan menyertai nasyid peringkat Zaqaziq - zaqaziq je pun - :) Salah satu daripada pertandingan yang dianjurkan DPMZ.
Apa-apa pun, Kamsis Qaumiyyah mesti menang...
Ini hanyalah sebagai catatan semata-mata...

Namun apa yang saya nak bangkitkan sebenarnya???
Apa tujuan nasyid sebenarnya?
Adakah hiburan semata-mata?
Kenapa wanita tak dibenarkan nasyid?
Kalau nasyid untuk berdakwah, kenapa mesti ada pertandingan?
dan banyak lagi persoalan yang sering saya dengar selaku penggiat nasyid juga.
Dan persoalan sebegini kadang kadang susah juga untuk dijawab, insya-Allah saya akan muatkannya dalam episod yang akan datang... :)

Wednesday, March 4, 2009

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA



Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

" Saling berpesan-pesan untuk ke arah kebaikan"

Tuesday, March 3, 2009

Dakwah bukan kerja aku?

" Apesal aku pulak kena berdakwah ni? Bagilah kat ustaz-ustaz tu, diorangkan lebih 'alim dari aku!"
Dialog-dialog begini kerapkali saya dengar. Namun bagi saya itu hanyalah satu jawapan daripada orang yang jahil dalam bab dakwah ini. Sebab apa? Sebabnya adalah menyampaikan dakwah islamiah merupakan suatu tuntutan syar'ie kepada seluruh umat Islam sama ada tua atau muda, lelaki atau perempuan, besar atau kecil dan pemerintah mahupun rakyat biasa. Kewajipan menyampaikan dakwah ini tidak kira secara khusus ataupun umum mestilah direalisasikan mengikut tahap kemampuan, kekuatan tenaga dan kemantapan iman itu sendiri.

Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 71 yang bermaksud:
"dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud:
"dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya."

Di dalam ayat di atas pada kalimah 'waltakun' yang membawa maksud : "dan hendaklah ada..." menunjukkan kata perintah dan perintah untuk melakukan sesuatu menurut kaedah usul adalah suatu yang wajib dilakukan. Ibarat di dalam ayat yang dimaksudkan daripadanya adalah sekelompok atau segolongan daripada ulamak dan du’at yang bertugas untuk menyeru amar ma’ruf dan mencegah amal mungkar dan menjaga pandangan umum di setiap rantau dan ceruk mujtamak Islam sekalipun kewajipan tersebut pada asalnya tertumpu kepada setiap individu daripada umat Islam mengikut kadar kemampuan, persediaan dan kekuatan iman iman.

Ibnu Katsir menafsirkan ayat di tersebut menyatakan bahawa perlunya satu kelompok di kalangan umat Islam memikul tugas mencegah kemungkaran dan menyeru kepada ma’ruf sekalipun tugas tersebut terbeban kepada setiap individu muslim, setiap daripada mereka melaksanakan tugas tersebut mengikut keupayaan mereka.

Jelasnya, kewajipan menyampaikan risalah dakwah Islamiah ke serata pelusuk rantau adalah satu tuntutan dan seharusnya sentiasa beristiqamah dalam menyampaikan dakwah ini serta tidak mudah berputus asa dengan sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Allah S.W.T. yang merupakan pencipta kepada manusia yang disampaikan dakwah kepadanya supaya dibukakan pintu hati dalam menerima dakwah yang disampaikan. Insya-Allah.


“Sama ada Kami perlihatkan kepadamu (Wahai Muhammad) sebahagian dari azab Yang Kami janjikan untuk mereka (yang ingkar) atau Kami wafatkanmu sebelum melihatnya maka tidaklah menjadi hal kerana tanggunganmu hanyalah menyampaikan hukum-hukum Yang Kami turunkan kepadamu; dan urusan Kami menghitung dan membalas amal mereka.”

Monday, March 2, 2009

Hmm...

Pada hari ini, blog ini berusia 3 hari. Tidak hairanlah blog ini masih kekurangan dari segi isinya :) Sebenarnya saya tak tahu nak masukkan apa lagi dalam blog ini dek kerana terlalu banyak perkara yang nak diutarakan sebenarnya dan waktu sekarang pun memang tersangat sibuk selaku pelajar yang bertanggungjawab terhadap apa yang dipelajari. Tambahan pula berada dalam bidang yang kritikal yang memerlukan perhatian serius... Maaflah ye.
Blog ini akan di'update' dari semasa ke semasa insya-Allah sekiranya dikurniakan waktu cukup.

~ Al-wajibat aktharu minal auqat~ Al-Qaradhawi
" Kewajipan itu lebih banyak dari masa."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails