Thursday, April 30, 2009
Salam Imtihan
Assalamualaikum...
Meniti hari-hari yang memenatkan. Copy ilmu dari dlm buku, save to clipboard(Otak) dan kemuadian paste dalam kertas jawapan ataupun dikeluarkan outputnya secara lisan. Itulah sebahagian besar tugas sebagai seorang pelajar.
Namun dalam memastikan ilmu itu betul-betul lekat dalam long-term memory dalam otak mesti usaha lebih sikit. Yakni selepas imtihan atau bahasa saintifiknya 'exam', jangan tinggal terus ilmu-ilmu tersebut. Sebaliknya perlu dibuat ulangkaji atau 'iadah dan pastinya proses ini lebih mudah daripada proses mula-mula memasukkan ilmu dalam CPU(otak) disebabkan 'main idea' tu sudah ada dalam kepala. Maknanya RAM(Random Access Memory) sebelum ini telah memproses data tersebut dalam internal HDD. Dan selepas menjalani proses 'recovery data' insya-Allah ilmu tu akan dpt diingati dalam tempoh masa yg lama. Lebih-lebih lagi kalau kita mengajar orang lain pula berkenaan ilmu tersebut.
Faham tak? hehe..bahasa computer sket sbb PC baru kena format disebabkan kerosakan system yg agak kritikal.
Dlm kesempatan post ni, ana cuma nak mengucapkan selamat berjaya kepada ana :) dan juga saahabat-sahabat dalam menempuhi imtihan yg akan/bakal/hampir tiba... Ana juga memohon maaf kepada semua atas segala salah silap yg telah dilakukan selama ini. Lapang-lapangkan hati, insya-Allah dipermudahkan oleh Allah.
Bittaufiq wannajah...
"Jangan dilihat pada Letihnya USAHA, tapi lihatlah betapa Manisnya sebuah KEJAYAAN"
Ya Allah, Berikanlah kami kejayaan didunia dan akhirat. Amiin.
Thursday, April 16, 2009
Temuduga terbuka untuk semua!
Temuduga Sebagai : Calon Jenazah
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Monday, April 13, 2009
REDHA
Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri
Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala
Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiri ku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara
Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli
Allah Maha Mengetahui
Yang ada di hati
Biar Dia menentukannya
Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia, terima
Yang tertulis dalam kehendakNya
Lagu : Syah Inteam(Inteam Records) & Salleh Brotherz(Arteffects Production)
Lirik : Lukhman S.(Inteam Records)
Hakcipta : Inteam Records
Sunday, April 5, 2009
Menyepi...
Imtihan akan datang dlm sebulan lagi....
Banyaknya yang perlu dibaca...
walau hanya empat madah...
Namun ... akan ku tempuhinya juga :)
Sekarang ni dalam study mode, almaklumlah exam dah dekat.
kerap jugak stido :)
Fokus! fokus! fokus!
Doakan kejayaan kami semua di sini...
Ana juga doakan semoga kita semua najah dalam imtihan.
Mumtaz insya-Allah.
Amiiin.
Imtihan!
Exam, ujian, imtihan, peperiksaan, penilaian, apa lagi? Semua itu boleh dikatakan menjadi kemestian bagi insan yang bergelar manusia terutama sekali bagi pelajar. Kenapa tidaknya? Sejak kecil lagi dah ada ujian. Seorang bayi mesti mengadaptasi dirinya menghadapi alam baru setelah berlalu alam rahim baginya untuk ke alam dunia yang fana' ini.
Menjejakkan kaki ke alam persekolahan, seseorang pelajar perlu mahir untuk belajar. Bermula dengan prasekolah/tadika seterusnya melangkah ke darjah satu, dua, dan seterusnya sehingga darjah enam. Maka ujian yang sedikit besar iaitu UPSR. Kemudian, alam sekolah menengah pula dilalui dengan pembelajaran tahap secondary. Maka peperiksaan dilalui selari dengan peningkatan tahap kematangan otak berfikir - PMR, SPM, STPM, STAM, interview dan seterusnya...
Untuk apa semua ini? Tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menilai tahap kualiti seseorang itu. Bila mana seseorang itu berjaya menempuhi peperiksaan tersebut dengan cemerlang... maka secara kasarnya boleh kita katakan bahawa dia seorang yang dapat mengurus masa dengan baik, dapat mentadbir diri dengan berkesan kerana setiap orang diberi 24 jam waktunya. Maka yang pandai memanfaatkannya itulah orang yang berjaya.
Begitu juga dengan kita sebagai HAMBA ALLAH, kita dilahirkan didunia ini penuh dengan pelbagai ujian yang Allah timpakan ke atas kita - gagal dalam ujian, kehilangan orang yang tersayang, miskin, dan sebagainya. Dan kita sebagai HAMBA ALLAH mestilah sentiasa merasa bahawa diri ini adalah HAMBA kepadaNya Yang Maha Kuasa. Dan kita mesti ingat bahawa ujian adalah tarbiah daripada Allah, yang mana kita pasti akan beroleh sesuatu daripada ujian tersebut supaya tidak terjatuh ke dalam lubang yang sama buat kali kedua.
Allah menguji hambaNya untuk menguji siapakah diantara hambaNya yang lebih baik amalnya:
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ (٢)
2. Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat); ~ Surah Al-Mulk ayat 2.
Oleh itu hendaklah kita sentiasa mengerjakan amal soleh dan mengharapkan keredhaan Allah dalam setiap detik dalam hidup kita. Sentiasalah berdoa kepada Allah. Insya-Allah...
Ya Allah! Kami mengharapkan rahmat dan maghfirah dariMu, redhailah hidup kami ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Arhamarrahimin...Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)