Thursday, July 2, 2009

Aurat lelaki yang sering diremehkan

Dalam post kali ini, ana nak sentuh mengenai topik sebagaimana tajuk tersebut. Aurat lelaki agak longgar jika dibandingkan dengan perempuan, namun...

Biasanya kalau bab aurat, ramai akan terlintas pada aurat wanita kerana memang sangat mudah nak kenal aurat wanita: seluruh anggota tubuh badan kecuali muka dan telapak tangan (only hand, excluded arm and forearm). Namun apa yang ana nak 'highlight'kan pada kali ini adalah pada aurat lelaki yang bagi ana senang dan mudah dijaga, tapi ramai juga yang tak terjaga auratnya sama ada terlepas pandang atau jahil pasal aurat atau sengaja tak nak buat.
Mengikut apa yang ana belajar, aurat lelaki adalah di antara pusat dan lutut (pusat dan lutut termasuk). Cuma ada khilaf pada lutut. Tapi jumhur ulama' bersepakat bahawa lutut juga termasuk dalam aurat lelaki... (Tolong betulkan jika ana salah). Jadi aurat lelaki adalah semua anggota di antara pusat dan lutut. Pusat dan lutut mesti ditutup.

Biasanya pusat dan lutut terdedah malah sesetengahnya sampai kepada bahagian paha pada waktu selepas main bola, pada musim-musim panas, berenang dan sebagainya (Tak semestinya pada waktu-waktu yang spesifik). Perlu diingatkan juga bahawa aurat lelaki perlu ditutup walaupun di dalam rumah sesama ahli bait dan juga tetamu, lebih-lebih lagi jika keluar rumah (hanya dibenarkan ketika benar-benar berseorangan, namun lebih dituntut supaya aurat ditutup). Mungkin ramai yang tak perasan tapi perkara ini perlu juga dijaga rapi.

Oleh itu sama-samalah kita jaga sebaik mungkin apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Semoga kita menjadi seorang mukmin yang bertaqwa di sisi Allah.

*Nota Tambahan: Daripada ceramah Ustaz Azhar Idrus berkenaan aurat lelaki - Menutup lutut menyebabkan sempurnanya menutup aurat lelaki, maka wajib juga lelaki menutup lutut...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails