Friday, August 21, 2009

Ikhlas dariku -RAMADHAN-


Assalamualaikum...
Kepada semua pembaca setia, followers blog nih, serta penziarah-penziarah yang tak jemu2 menziarah ruangan ini, ana dengan ini ingin mengucapkan selamat menyambut bulan yang ditunggu-tunggu oleh kita iaitu bulan Ramadhan Kareem... (kpd yg lebih tunggukan bulan Syawal tu, renung-renungkanlah kembali :)

Jadikan bulan Ramadhan ini suatu titik permulaan yang baru, daripada yang baik kepada lebih baik... Hakikatnya bulan Ramadhan ini disebalik pahala berganda, bulan ini merupakan bulan tarbiyyah kepada diri kita sejauh mana kita mampu untuk meneruskan amalan-amalan kebaikan berterusan dengan istiqamah pabila berakhirnya Ramadhan...

Dengan masuknya bulan ramadhan, pastinya banyak perubahan yang berlaku kepada kita. Masing-masing mengejar pahala sebanyak mungkin dengan menjaga perkara-perkara yang sepatutnya daripada sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya. Sekurang-kurangnya bulan Ramadhan ini dihormati dengan melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, eloklah kita menjadikannya sebagai platform kepada kita untuk berubah ke arah yang lebih baik, mentarbiyyah nafsu kita selari dengan kehendak Islam. Di saat ini juga syaitan di belenggu dan pandai-pandailah manusia untuk menjaga nafsunya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah.

Ana mengajak kita semua supaya sama-sama merebut peluang Ramadhan ini dengan berlumba-lumba dalam mengerjakan amal ibadah - mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah.
Juga sentiasalah bermuhasabah diri kita yang sentiasa kekurangan dalam banyak hal supaya kita sentiasa sedar bahawa diri kita ini adalah milik Allah. Tingkatkan amalan, banyakkan ibadah, tambah thaqafah, eratkan ukhuwah insya-Allah dunia akhirat kita najah...

Salam Ramadhan daripada ana yang dhaif ini.
Semoga tergolong dalam golongan muqarrabiin.
Ma'assalamah wa ilalLiqa'.


W.A.N.
Auqaf, Zaqaziq, As-Syarqiah, Misr.
6.20 pm, Jumaat, 29 Sha'ban 1430H.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails