Saturday, August 22, 2009

Mesej SMS / YM sempena Ramadhan - Peringatan


Selamat berpuasa - Dapatkan Testi-Testi Menarik di Sini


Assalamualaikum...

Di bulan yang penuh barakah ini, biasalah pastinya kita akan terima pelbagai mesej daripada rakan-rakan yang 'memberi ucapan' sempena Ramadhan ini. Namun perlu dititikberatkan dari segi sumber dan kesahihan terutama jika bersabit dengan agama. Contoh:
Ana terima beberapa mesej melalui YM daripada rakan ana yang tertulis begini:

"Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan: " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali...
Saya xxxxxxxxxxxx memohon ampun dan maaf kpd rakan2 yg ......... "

Berhati-hati dengan apa yang dinamakan sebagai pesanan Jibrail ini.
Ini adalah Hadith Palsu.

Matan yang hampir serupa adalah begini:

Dari Ka'ab Bin 'Ujrah (ra) katanya:

Rasulullah saw bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Lalu Baginda menjawab:

"Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya."

~Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)~

Lihat besarnya perbezaan apa yang disebarkan dengan apa yang dimaksudkan di dalam hadis. Hadis sebenar mengatakan celakalah orang yang mendapati Ramadhan tetapi tidak diampuni dosanya iaitu orang yang membuat dosa juga di waktu Ramadhan tetapi yang dimaksudkan dalam pesana Jibrail itu lain pula. Berhatilah kerana ancaman menyebar hadis palsu sangatlah berat. Mungkin anda tidak tahu, namun perlu sentiasa berhati-hati tentang sumber dan kesahihannya sebelum 'forward' sesuatu mesej tersebut...

"Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka."

~Hadis Sahih (Mutawattir): Dikeluarkan Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Ibn Majah, ad-Darimi dan lain-lain. Lihat Sahih al-Bukhari, hadis no – 109 (Kitab al-Ilm, Bab dosa berdusta keatas Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam). Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no – 3 dan 4 (Muqaddimah - Bab berdusta keatas Rasulullah saw)~


Hadis ini Mutawatir, sangatlah tinggi martabatnya. Maka berhati-hatilah supaya kita tidak disiapkan Allah dengan neraka dengan sebab kelalaian kita.

Wallahua'lam.

-Diadaptasi daripada ruangan Forum KTI yang disampaikan oleh panelis agama laman web tersebut-

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails