Wednesday, December 30, 2009
IMAM AL-NAWAWI - Abadikan Hidup Untuk Agama.
Teguran daripada seorang alim tempatan tersohor, Syeikh Yasin Yusuf Marakashi menjadi azimat berharga – sandaran harapan tidak akan mengecewakan.
Nyata telahan itu berasas dan terbukti kebenarannya. Ketekunan yang didorong rasa cinta meluap-luap terhadap ilmu pengetahuan akhirnya meletakkan kanak-kanak tersebut ditempat yang selayak dengannya.
Demikianlah takdir hidup YAHYA BIN SYARAH BIN HASAN BIN HUSAIN AL-NAWAWI atau lebih masyhur dan tersohor dengan gelaran IMAM AL-NAWAWI.
Ulama terbilang kelahiran Nawa, sebuah kampung dalam daerah Damsyik, Syria ini telah mengabdikan hampir seluruh usianya menadah ilmu dan menyampaikannya pula kepada masyarakat.
Kegemaran menuntut ilmu pertama kali disaksikan oleh Syeikh Yasin semasa Imam Nawawi sedang membaca Al-Quran, sedang pada masa yang sama beberapa orang kanak-kanak sebaya sedang bermain.
Apabila diajak bermain dia menolak. Malah berusaha menghindar dan menangis kerana kawan-kawan memaksanya meninggalkan pembacaan dan ikut bermain bersama mereka.
Syeikh Yasin Yusuf Marakashi, seorang ulama yang berpandangan jauh; anak itu dilihat mempunyai potensi menjadi orang yang paling pintar dan paling zuhud pada zamannya nanti. Malah beliau juga dilihat mampu menyumbangkan manfaat yang sangat besar kepada umat Islam.
“Jagalah budak ini baik-baik. Dia bakal menjadi seorang ulama besar dan ahli ibadah”, kata Syeikh Yasin kepada Guru Al-Quran kanak-kanak bertuah itu.
“Adakah tuan ini seorang ahli nujum atau penilik nasib?”. Syeikh Yasin menjawab, “Bukan, tetapi Allah menghendaki aku mengeluarkan kata-kata itu”.
Dibawa Ke Damsyik.
==================
Bapa Imam Nawawi sebenarnya sudah menyedari kelebihan anaknya itu. Malangnya, Nawa tidak mempunyai kemudahan yang diperlukan bagi seorang yang mahu mencapai kejayaan dalam menuntut ilmu.
Imam Nawawi dibawa ke Damsyik. Kota besar itu terkenal sebagai pusat pengajian serta menjadi tumpuan pelajar dari serata tempat. Damsyik pada waktu itu sudah pun mempunyai lebih 300 buah institut, kolej dan universiti.
Imam Nawawi belajar di Madrasah Rawahiyah. Menimba ilmu daripada guru-guru terkenal. Setiap hari masanya dipenuhi dengan menadah kitab. Menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan oleh alim ulama di Kota Damsyik. Imam Nawawi menghadiri 12 majlis ilmu dalam sehari.
Cukup Apa Yang Ada.
==================
Kesibukan menuntut ilmu membuatkan dia tidak menghiraukan sangat soal makan dan minum.
Makannya hanya sekadar keperluan saja. Malah tidur malam pun dihadkan. Baginya masa amat berharga, rugi kalau tidak digunakan untuk menimba ilmu. Rehatnya dihadapan kitab-kitabnya. Hilang penat, Imam Nawawi akan menyambung semula kajian atau penyelidikannya.
Imam Nawawi memberi tip bagaimana untuk menguasai ILMU:
“Aku menulis segala yang berkaitan dengannya, baik penjelasan kalimat yang sulit mahupun pemberian harakat pada kata-kata. Dan Allah telah memberikan barakah dalam waktuku”.
Di Damsyik, Imam Nawawi berguru dengan lebih 20 orang ulama. Sesetengah mereka terkenal sebagai pakar dalam bidang masing-masing. Beliau mempelajari ilmu hadis, perundangan Islam dan pelbagai ilmu lain daripada ulama-ulama terkenal waktu itu. Antara guru beliau ialah Abu Ibrahim Ishaq Bin Ahmad Al-Maghribi, Abu Muhammad Abdurahman Bin Ibrahim Al-Fazari, Abul-Abbas Ahmad Bin Salim Al-Misri, Abu Abdullah Al-Jiyani, Abu Muhammad Al-Tanukhi dan ramai lagi.
Imam Nawawi dikurniakan Allah SWT kelebihan mudah mengingati dan menghafaz setiap pelajaran yang dipelajarinya. Kecintaan yang luar biasa kepada ilmu pengetahuan tidak pernah membangkitkan rasa jemu atau penat dalam usaha gigihnya sebagai seorang penuntut ilmu. Hingga akhirnya mencapai darjat ulama yang disegani ramai.
Pulang daripada menunaikan haji pada tahun 665 Hijrah iaitu 16 tahun selepas menjadi warga Damsyik, Imam Nawawi mula melibatkan diri dalam bidang pengajaran pula. Apa yang dimilikinya dicurahkan kepada masyarakat. Namun begitu, dia tidak mahu menerima gaji daripada khidmat yang diberikan.
Sepertimana tokoh-tokoh ulama salafussoleh lainnya, Imam Nawawi memilih kehidupan yang zuhud demi memelihara kewarakannya. Sangat menjaga ketaatannya kepada Allah SWT agar terpelihara ketakwaannya. Sangat bersederhana dan cukup dengan apa yang ada. Namun tidak pula menjejaskan wibawanya sebagai seorang alim terbilang.
Kegemaran mutala’ah ilmu sudah mendarah daging dalam dirinya. Walaupun sudah menjadi tempat rujuk umat, Imam Nawawi terus berdampingan dengan kitab. Malamnya jarang digunakan untuk tidur, sebaliknya dimanfaatkan untuk menulis atau beribadah.
Ulama besar dalam fiqah Mazhab Syafii ini cukup menyerlah dalam bidang hadis dan bahasa. Kedudukannya sangat tinggi berbanding para ulama zamannya. Seorang ulama sezamannya, Syeikh Ibn Farh menyifatkan Imam Nawawi memiliki tiga darjat yang sukar dicapai oleh orang lain:
1) Alim
2) Zuhud
3) Amar makruf nahi mungkar
Memang Imam Nawawi sangat tegas menunaikan tanggungjawab “Amar makruf nahi mungkar”. Keprihatinannya memberi teguran kepada pihak pemerintah, tanpa ada rasa takut atau ragu-ragu memang diakui ramai. Kesan daripada ketegasannya menegakkan hukum, Imam Nawawi diusir keluar dari Damsyik.
Raja ditanya, “Kenapa tuanku tidak bunuh saja Imam Nawawi yang telah melanggar perintah paduka tuanku?”. Lalu jawab Raja, “Demi Allah! Aku sangat segan kepadanya”.
Enggan Memberi Fatwa.
=====================
Menurut riwayat, suatu ketika Sultan Al-Zahir Bebris mengadakan persiapan perang untuk memerangi orang-orang Tatar (Monggol), lalu diminta fatwa alim ulama mengharuskan kerajaan mengambil harta rakyat untuk kepentingan perang melawan musuh. Sekalian ulama fiqah Negeri Syam telah menulis menerangkan fatwa tersebut.
Tetapi baginda sultan masih tidak puas hati kerana Imam Nawawi belum memberikan fatwanya. Setelah mengkaji masalah yang dikemukakan, Imam Nawawi tegas enggan memberi fatwa. Baginya, kedudukan kewangan pemerintah Damsyik itu belum sampai ke peringkat terpaksa menggunakan harta rakyat.
Imam Nawawi menghembuskan nafas terakhir pada 24 Rejab 676 Hijrah, dalam usia yang masih muda; 45 tahun. Sepanjang hidupnya sebagai ulama yang gigih mencurah ilmu kepada masyarakat tanpa takut ancaman atau mengambil kesempatan, memungkinkan beliau tidak sempat memikirkan soal berumah-tangga.
Imam Nawawi diberi gelaran. Namun ironisnya, beliau sangat benci gelaran tersebut.
KITAB-KITAB HASIL KARYA IMAM Al-NAWAWI.
======================================
Selain majlis-majlis ilmunya, Imam Al-Nawawi juga menjadikan bidang penulisan sebagai gelanggang terbaik menyampaikan penerangan terhadap hukum-hakam agama kepada masyarakat.
Berkat kesungguhan yang tidak ternilai, Imam Al-Nawawi telah menghasilkan banyak sekali karya ilmiah yang terkenal. Jumlahnya sekitar 40 kitab, antaranya:
1 ) Arba’in
2 ) Riyadhus Shalihin
3 ) Al-Minhaj (Syarah Shahih Muslim)
4 ) Al-Taqrib wat Taysir fi Makrifat Sunan Al-Basyirin Nadzir
5 ) Minhajuth Thalibin
6 ) Raudhatuth Thalibin
7 ) Al-Majmu’
8 ) Tahdzibul Asma’ wal Lughat
9 ) Al-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an
10 ) Bustanul Arifin
11 ) Al-Adzkar
Petikan dari Majalah SOLUSI
Terbitan Telaga Biru.
Sumber: Laman web Inteam
Saturday, December 26, 2009
Hari ini - 10 Muharram - Banyak kelebihannya
Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura’. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa. Malah dalam Mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.
Hadith daripada Aisyah:
Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan”. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.
KELEBIHAN
Baginda bersabda: “Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya”. Riwayat Muslim.
BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI……. Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud. Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.
SEJARAH 10 MUHARRAM
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
1- Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’.
2- Diterima taubat Nabi Adam a.s.
3- Dicipta Adam a.s.
4- Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
5- Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
6- Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
7- Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
8- Selamat Musa dan pengikutnya.
9- Lemas Firaun.
10- Dilahirkan Nabi Isa a.s.
11- Diangkat Nabi Isa kelangit.
12- Diangkat Nabi Idris ke langit.
13- Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
14- Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
15- Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
16- Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
17- Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
18- Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
19- Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
Sumber: Muslimeen United
Monday, December 21, 2009
Memahami tuntutan Royalti Kelantan
Oleh Syed Azidi AlBukhary(Kickdefella)
Baca betul-betul!!!
Pada 16 Mac 2009, sebuah seminar berhubung KDNK mengikut Negeri telah diadakan di Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
Menerusi bahan-bahan yang dibentangkan satu penemuan menarik telah mengesahkan segala yang sebelum ini sering cuba disembunyikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Di dalam seminar tersebut, Economic Planning Unit (EPU), Jabatan Perdana Menteri danJabatan Statistik Negara memaklumkan angka baru sektor perlombongan di Negeri Kelantan. Ianya sangat signifikan iaitu RM2,615 juta bagi tahun 2006 dan RM2,721juta bagi tahun 2005. Bagi memudahkan kita, elok sahaja angka itu dibaca sebagai RM2.6 Billion dan RM2.7 Billion. Pada kebiasaannya sumbangan sektor perlombongan kepada KDNK Negeri Kelantan hanyalah 1.5% sahaja iaitu didalam lingkungan RM70 ke RM100 juta sahaja.
Wakil Jabatan Statistik Negara memaklumkan bahawa kesahihan data tersebut adalah berpunca daripada PETRONAS. Didalam erti kata lain, apa yang difahami dari seminar sehari tersebut ialah Petroleum dan Gas Asli telah mula menyumbangkan kepada KDNK Negeri Kelantan dari tahun 2005 lagi.
Pada 9 Mei 1975, Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut yang kebelakangan ini cuba pula dinafikan oleh beberapa pemimpin BN termasuk tokoh BN Kelantan bertajuk, “Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum”.
Section 4 di dalam perjanjian tersebut di baca seperti berikut,
“Section 4. Cash payment by the Corporation.
In return for the ownership and the rights, powers, liberties and privileges vested in it by virtue of this Act, the Corporation shall make to the Government of the Federation and the Government of any relevant State such cash payment as may be agreed between the parties concerned.”
Oleh yang demikian, sekiranya royalti Petroleum dan Gas Asli dibayar kepada Kelantan berdasarkan data EPU Jabatan Perdana Menteri mengikut akta dan perjanjian yang ditandatangi maka Kelantan berhak mendapat royalti 5% daripada hasil pengeluaran.
Oleh yang demikian, royalti yang harus dibayar secara tunai oleh kepada negeri Kelantan pada tahun 2005 ialah sejumlah RM131 juta. Bagi tahun 2006 pula ialah RM136 juta. Data Rasmi bagi tahun-tahun seterusnya belum dikeluarkan. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat daripada kenyataan Media PETRONAS, SHELL, CS MUTIARA dan AREMADA HESS menyakinkan bahawa aktiviti carigali dan penggerudian Gas Asli di beberapa blok berhampiran Perairan Kelantan sedang bertambah aktif, bererti jumlah hasil semakin meningkat setiap tahun.
Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia
Pada 2004, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan diletakkan bersama Sabah dan Terengganu sebagai penyumbang sebanyak 62.5% hasil galian Petroleum di Malaysia.
Ketiga-tiga negeri ini menghasilkan keluaran kasar sebanyak RM46,810,935 ribu (atau RM46 Billion). Sila rujuk buku mukasurat 187, Jadual 5.3 buku jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2004.
Kekeliruan Dalam Isu Petroleum dan GAS Kelantan
Kekeliruan tidak dinafikan tetapi bukan dari soal wujudnya aktiviti perlombongan Petroleum dan Gas tetapi dalam soal hak Negeri Kelantan. Tahun lalu, Menteri Senator Amirsham memberitahu Dewan Rakyat bahawa tiada sumber Petroleum dan Gas di Kelantan.
Kenyataan Media Mustapha Mohamed
Pada 28 Jun 2009, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapha Mohamed menafikan bahawa hasil bumi itu adalah hak Kelantan kerana katanya ia adalah di kawasan pertindihan antara Malaysia dan Thailand serta Malaysia dan Vietnam.
Mustapha Tidur Ketika Abdullah Badawi Merasmikan ECER 2007
Bagaimanapun, Ketua Pembangkang BN, Alwi Che Mat dan Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek lebih positif dan lebih mementingkan hak Kelantan dari bermain politik lantaran bersedia untuk bersama-sama rakyat Kelantan mendapatkan hak tersebut.
Siapa yang boleh percaya kepada Mustapha yng bercakap mengenai isu pembangunan di Kelantan itu sdangkan beliau sendiri pernah membuat membuat pengakuan bahawa beliau terlibat sebagai salah seorang ahli Majlis Peunding Ekonomi Negara satu ketika bertanggungjawab menyekat pembangunan di Kelantan?
Kita tayangkan semula pengakuan itu dan kemudian di sana ada jawapan bahawa Mustapha dan sekalian pemimpin UMNO BN adalah pendusta dan perompak yang menjadikan Kelantan sebagai mangsa kezaliman dan kedurjanaan mereka!
Peguam dan ahli politik, Zaid Ibrahim turut sama menyertai usaha mulia ini. Adalah diharapkan, YBM Tengku Razaleigh Hamzah juga akan turut serta.
Memahami Kekeliruan
Perairan Negeri ditakrifkan hanya 3 batu nautikal. Bagaimanapun apabila Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, kedua-dua negeri tersebut dijanjikan hak bahawa segala hasil petroleum mereka akan terus menjadi milik mereka walaupun telaga minyak mereka jauh ke tengah laut dan ditakrifkan sebagai jatuh kedalam Perairan Malaysia.
Akta 144
Bagaimanapun dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan hak Malaysia dari terus digerudi dan di sifon oleh syarikat-syarikat petroleum asing dengan pulangan yang sedikit kepada Malaysia, PETRONAS ditubuhkan.
Beberapa buah negeri setelah berdepan dengan pelbagai tekanan akhirnya tunduk dan menandatangi perjanjian dengan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut.
Seksyen 4 Akta 144
Persoalan 3 batu nautikal tidak lagi menjadi isu. Negeri-negeri menyerahkan hak mereka terutama seperti Sabah dan Sarawak. Bagi Kelantan dan terengganu pula, sebelum tubuhnya Persekutuan Tanah Melayu, kedua-dua negeri ini adalah Negeri-Negeri Tidak Bersekutu. Penyertaan ke dalam Persekutuan menyebabkan banyak hak Raja-Raja mereka terlucut. Oleh yang demikian, di dalam banyak hal antara Negeri dan Persekutuan, semangat yang memeterai perjanjian Persekutuan sering diutamakan.
Contoh Draf Perjanjian Yang Ditandatangi Oleh Negeri-Negeri
Atas semangat tersebut, Negeri Terengganu mendapat imbuhan royalti minyak walaupun pelantar minyaknya jauh lebih 161 Kilometer ke tengah Laut China Selatan.
Hak Kelantan
PM301 dan PM302 dalam Perairan Kelantan, Bersebelahan Dengan JDA (Lihat Juga Blok Minyak Terengganu Yang Lebih Jauh)
Perairan Kelantan tidak dinafikan kaya dengan Gas Asli. Blok PM301 iaitu bermula dari Tumpat hingga ke tengah laut dan blok PM302 yang bersempadan dengan blok PM301 adalah dua blok yang telah diterokai melalui usahasama Petronas Carigali dan Shell. Bukti hasilnya akan di dedahkan di ruangan selepas ini.
Kawasan pertindihan atau di Kenali sebagai Joint Development Area (JDA) Malaysia – Thailand pula adalah kawasan teraktif di Teluk Siam. Aktiviti mengeluarkan gas asli di sini telah mula membuahkan hasil bermula 2 Januari 2005.
Ini adalah salah satu kawasan yang disebut oleh Mustapha Mohamed, seorang rakyat Kelantan sebagai bukan hak Kelantan.
Mustapha Mohamed seorang dayus. Mustapha Mohamed juga buta geografi. Kawasan JDA di mana operasi projek Cakrawala telah bermula sejak 2005 terletak hanya 150 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Ianya terletak 180 dari Pekan Pattani (atau 160 km dari perairannya), 260 km dari Bandar Songkhla dan 310 km dari Pekan Kerteh.
Fakta JDA
Kota Bharu Hanya 150 Km dari JDA
Sehingga hari ini, Mustapha tidak pernah memperjuangkan hak mendaratkan gas asli itu ke Bachok seperti yang dikehendaki oleh Kerajaan Kelantan walaupun ternyata ianya adalah kawasan paling ekonomikal dan strategik.
Paip Menyalurkan Minyak Menerusi Jalan Bahaya dan Jarak yang Amat Jauh
- Gas Asli dari kawasan JDA di daratkan ke Songhla 110 km lebih jauh dari Kota Bharu, bandar terdekat.
- Gas Asli itu mahu disalurkan menggunakan paip ke Gurun Kedah dari Songhkla menerusi laluan konflik di wilayah bergolak di Selatan Thai.
- Perjanjian penerokaan dengan Thailand adalah berdasarkan 50:50.
- Hak Malaysia di hantar dulu ke Songhkla mengapa tidak terus ke Malaysia?
Apa yang dinamakan JDA ialah
- Kawasan seluas 7,250 km persegi dengan bandar terdekat ialah Kota Bharu Kelantan.
- Tenaga kerja di kawasan JDA berkumpul di Kota Bharu dan dihantar dengan helikopter ke JDA kerana ia paling ekonomikal.
- Berdasarkan data penghujung 2007, dianggarkan kawasan JDA menpunyai reserve gas asli sebanyak 8.5 trillion standard cubic feet.
- Lebih 20 zon gas asli telah ditemui.
- Produksi gas asli telah bermula pada 2 Januari 2005 di zon Cakrawala.
Pada 3 Mei 2005, Kastam Thailand telah mengeluarkan kenyataan berikut,
“The Joint Development Area is 260 kilometers far from Songkhla Province, where gas, oil, and condensate are located. The gas production in the JDA has been commenced since 2 January 2005 and the approximate profit to Thailand at the first stage will be of 45,000 million baht.”
Untuk maklumat lanjut tentang hasil yang diperoleh oleh Thailand, pembaca boleh hubungi Public Relations Sub- Division Tel.02-671-7077 ,02-249-9017.
Petikan Berita Dalam Majalah Offshore
Jika Thailand memperolehi bahagiannya sebanyak 45 billion Baht dari satu zon di JDA, bererti Malaysia juga memperolehi jumlah yang sama atau lebih kurang RM4.5 Billion.
Kenyataan Media Hess
Blok eksplorasi di JDA adalah seperti berikut,
- A18 – Kontraktor ialah PETRONAS Carigali JDA Ltd (50%) dan Hess Oil Company of Thailand (JDA) Ltd (49.5%), Hess Oil Company of Thailand Inc. (0.5%). Operator ialah Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd.
- B17 (termasuk B17-1) dan C19 – Kontraktor ialah PTTEP International Limited (50%) dan PETRONAS Carigali JDA Ltd (50%). Operator Carigali PTTEP Operating Company Sdn Bhd.
Kenyataan Media PETRONAS
Pengeluaran bagi kawasan JDA adalah seperti berikut,
- Blok A18 ( 9 zon) – Cakrawala, Bulan, Suriya, Bumi, Bumi East, Senja, Samudra, Wira dan Samudra North.
- Blok B17 (9 zon) – Muda, Tapi, Jengka, Amarit, Mali, Jengka South, Jengka West, Jengka East dan Muda South.
- B17-01 (3 zon) – Tanjung, Jinda dan Andalas.
Komplex utama terletak di Blok A18 bernama Cakrawala Production Complex. Siap pada 2002 dan mengeluarkan hasil menerusi 19 telaganya mulai 2 Januari 2005.
Blok B-17 dijangkakan akan mengeluarkan hasil pada Oktober 2009.
Mengapa Kelantan Tidak Mendapat Imbuhan?
Anak tempatan Hanya Berputih Mata Kalau Kita Tidak Sanggup berputih Tulang – Foto Ehsan LanJan
Malaysia menerusi PETRONAS memperolehi 50% dari hasil penemuan di JDA yang begitu dekat dengan Kota Bharu sehinggakan pemancing tempatan pun boleh pergi ke pelantar tersebut.
Telaga Minyak Terengganu 166 KM Pun Dihantar Balik Ke Terengganu
JDA lebih dekat dengan Kota Bharu berbanding telaga minyak di Terengganu dan jaraknya dengan Kerteh.
Hujah mengatakan Kelantan tidak berhak kerana ia terletak di kawasan bertindih adalah begitu mentah sekali kerana,
- Kawasan itu dituntut sebagai hak Malaysia kerana Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia,
- Malaysia memperolehi 50% dari hasil di situ kerana Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia.
Oleh yang demikian, ia menunjukkan pentingnya Kelantan didalam penyelesaian dan hak Malaysia ke atas JDA.
Jika Kelantan adalah sebahagian dari Thailand atau sebuah wilayah bebas, tentu sekali Malaysia tidak ada hak langsung ke atas hasil bumi dan lautan di situ.
Sempadan perairan Malaysia disitu dipengaruhi oleh kewujudan Kelantan sebagai sebuah wilayah di dalam Malaysia.
Kelantan bukan sebuah negeri yang dijajah atau dirampas oleh Malaysia atau Persekutuan Tanah Melayu. Sejarah membuktikan bahawa Kelantan pernah berada dibawah pengaruh Siam, Jepun dan Inggeris. Sewaktu dibawah pengaruh Inggeris, Kelantan diiktiraf mempunyai sebuah Kerajaan Berdaulat diketuai oleh baginda Sultannya. Inggeris mengklasifikasikan Kelantan sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu.
Penyertaan Kelantan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah atas semangat Persekutuan bukan dengan rasa dijajah. Sultan Kelantan terus dijamin hak kekuasaannya dibawah semangat Persekutuan dan juga berdasarkan haknya sewaktu menjadi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Kelantan menyertai Persekutuan Tanah Melayu atas dasar penyatuan. Bersatu turut bererti berkongsi. Kedayusan yang ada pada Mustapha Mohamed harus tidak mempengaruhi rakyat Kelantan dalam mempertahankan hak mereka.
(Bersambung kelak – Analisa PM301 dan PM302 hak Kelantan menjelang 2011 dan 2012).
Sumber: Royalti Kelantan
Friday, December 18, 2009
Salam Ma'al Hijrah 1431H
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Apabila hati insan mengalami perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain, diri insan itu juga akan berubah, apabila seseorg individu berubah, ummah jua akan berubah, apabila engkau inginkan perubahan, maka baiki hati manusia dengan mengenalkannya dengan Allah secara hakiki." ~Assyahid Imam Hassan Al-Banna.~
Salam Ma'al Hijrah dariku... Semoga kedatangan tahun baru ini menguatkan lagi semangat untuk meneruskan perjuangan menggapai redha Allah.. Insya-Allah.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Wednesday, December 16, 2009
Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Doa Awal Tahun:
Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka. |
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Sumber: Darul Nu'man
Tuesday, December 15, 2009
Wacana Perdana: Islam di Malaysia, Realiti dan Harapan
ISLAM DI MALAYSIA :
Realiti Dan Harapan
12 Disember 2009
YB Dato' Mohd Amar
Dr Asri Zainul Abidin
Dato' Nakhaie
Afandi Yusof
Download video penuh di sini : Portal KTV (klik di sini)
Nilaikan sendiri apa yang anda tonton. Kematangan hujah, jawapan yang tepat dan sebagainya.
Sangat menarik :D
Wednesday, December 9, 2009
Wahai Diri...
Jangan jadi DAIE yang malang,
yang hanya tahu berdakwah tapi tak melaksanakan.
Jangan jadi ABID yang tertipu,
terasa banyak sudah amalan tapi tak sedar pahala itu hak Allah.
Jangan jadi ALIM yang bodoh,
disangka ilmu telah banyak tapi tiada yang terkesan di jiwa.
Jangan jadi MUJAHID yang tersilap,
disangka perjuangannya yang terbaik tapi ternyata Islam tak memerlukannya,
tetapi sebenarnya dia yang memerlukan Islam...
Salam juang wahai mujahid, daie, abid, alim...
Sumber: Kiriman Emel