Sudah lama tak diupdate nampaknya.
Maaflah ye kepada pengunjung setia (ada ke?)...
Hal ini demikian kerana imtihan a.k.a. exam akan tiba tak lama lagi :)
Boleh kata sekarang ni tgh pulun, hadam banyak2 ilmu sebagai persediaan bukan sahaja untuk imtihan, tapi lebih penting lagi kerana menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim dan sebagai langkah menuju redha Allah. ~Kejayaan bukan sahaja di dunia tetapi lebih-lebih lagi di akhirat kelak~ Insya-Allah.
من أراد الدنيا فعليه بالعلم ومن أراد الآخرة فعليه بالعلم ومن أراد كليهما فعليه بالعلم
"Barangsiapa yang inginkan dunia ia perlulah berilmu, siapa yang inginkan akhirat dia perlu juga berilmu dan barangsiapa yang inginkan kemajuan dalam kedua-duanya, dia juga perlu berilmu"
Dan berikut adalah jadual imtihan yang di sampaikan oleh Prof. Dr. Omar El-Shabrawy, Malaysian Student Coordinator.
Mid-year Examination for 2nd Year Medical Student
28 Januari 2010 - Anatomy
30 Januari 2010 - Histology
1 Februari 2010 - Physiology
3 Februari 2010 - Biochemistry
*tertakluk kepada perubahan. Harap2nyer takde perubahanlah.
Usaha + Doa + Tawakkal setiap masa. Dekatkan diri dengan Allah, letakkan segala pergantungan pada-Nya. Mohonlah pada Allah untuk memberi kejayaan kepada kita dengan sebaiknya.
Jadi sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk kita dan juga sahabat-sahabat yang lain.
Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang berjaya. Amiin
اللهم نجح كل اصدقاءنا ونجحنا في الاءمتحاننا وفي الدنيا والأخرة.اللهم صلى على محمد وعلى آله وصحبه اجمعينا
No comments:
Post a Comment