Alhamdulillah, berakhir sudah tahun 2009 dan bermula sudah tahun 2010.
Yang pastinya masa yang berlalu tak akan kembali. Segala apa yang kita lakukan sudah dihitung oleh Allah dan sama-sama kita doakan yang terbaik untuk kita - Ditetapkan di atas jalan Islam yang lurus, dimantapkan aqidah, diteguhkan iman, diribat ukhuwah dan yang paling utama adalah matlamat kita untuk mencapai mardhatillah ( Keredhaan Allah ).
Sentiasalah mensyukuri segala nikmat yang Allah kurniakan ke atas kita yang tidak ternilai.
Sepanjang tahun 2009 pastinya pelbagai perancangan yang telah kita rancang dan realisasikan dan pastinya juga ada rancangan yang hanya tinggal harapan. Apa-apa pun, kita mesti maju dari hari ke hari. Harus ada improvement dalam diri.
“Rugilah orang yang hari ini sama sahaja dengan hari semalam. Celakalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam. Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam.”
Maka, ayuhlah kita golongkan diri kita di dalam golongan mereka yang beruntung. Nescaya, dengan ketulusan hati yang ikhlas dan usaha teguh tanpa jemu serta sandaran tawakkal yang utuh pada Allah s.w.t., tanpa ragu lagi, kejayaan pasti menjelang. Jadilah kita orang Muslim yang mukmin.
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman
Marilah sama-sama kita jadikan 2010 sebagai titik permulaan ke arah yang lebih baik. Believe yourself. You can do it! Perbaiki dan pertingkatkan hubungan kita dengan Al-Khaaliq yang menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.
Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat semua.
No comments:
Post a Comment