Tuesday, March 16, 2010

Palestin Bersendirian Pertahan Al-Quds

Perkembangan terkini di Palestin.

Menurut sumber, tindakan Israel yang membuka gereja Kharrab berdekatan Masjid Al-Aqsa telah menimbulkan kemarahan penduduk Palestin. Sebagaimana dinyatakan, tujuan pembukaan gereja ini adalah salah satu usaha Israel bagi me'yahudi'kan Al-Quds dan mahu mengubah kedudukan Al-Aqsa, malah lebih dahsyat 'haikal' yang didakwa Israel akan dibina setelah keruntuhan Al-Aqsa. Ketika ini, pertempuran masih berterusan di beberapa kawasan di Tebing Barat.
Sumber klip berita 16/03/2010

Utara Ramallah
Pemuda-pemuda Palestin bertempur dengan tentera penjajah berdekatan pos kawalan tentera Israel.
Isawiyya berhampiran Al-Quds
Bulan Sabit Merah: 38 penduduk Palestin parah dalam pertempuran dengan tentera penjajah.

Selatan Ramallah
Pertempuran antara pemuda-pemuda Palestin dengan tentera penjajah berhampiran pos kawalan Qalandia.

Kawasan jajahan 1948(garisan hijau)
Penjajah menghalang beberapa buah bas(Palestin) dari kota-kota kecil yang terletak dalam garisan hijau menuju ke bandar Al-Quds.

Mukhayyam Sha'fat
Pertempuran juga merebak di kawasan ini antara penduduk Palestin dengan tentera penjajah.
Sumber melaporkan di kawasan pertempuran(tidak dinyatakan tempat), beberapa lagi penduduk Palestin parah dan cedera malah ada yang ditangkap. Dianggarkan setakat ini, jumlah penduduk Palestin yang parah dan cedera seramai 45 orang.

Tebing Barat masa ini dikawal ketat tentera penjajah.


Ismail Haniah, Perdana Menteri, Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza dalam kenyataannya beberapa minit yang lalu mendesak umat Islam dan kuasa-kuasa Arab supaya sebaris dalam menentang kejahatan Israel kerana Allah Ta'ala dan demi Al-Quds.

Beliau turut meminta Pihak Berkuasa Palestin Ramallah agar tidak mengekang penduduk Palestin yang mahu menentang penjajah berikutan perlanggaran ke atas hak-hak suci umat Islam.

Hatim Abdul Qadir, anggota FATAH yang mengendalikan dokumen Al-Quds menuduh Pihak Berkuasa Palestin Ramallah sengaja menghalang penduduk Palestin yang mahu menyertai tunjuk perasaan yang menuju ke kawasan pertempuran.

Sementara itu di Gaza, golongan penuntut universiti dan sekolah turut mengadakan tunjuk perasaan di hadapan bangunan Majlis Legislatif Palestin sebagai tanda protes perlanggaran Israel di bandar Al-Quds.

Amerika Syarikat(US)
Di sudut rundingan, George Mitchell, utusan Amerika Syarikat di Timur Tengah yang dijadualkan tiba hari ini di rantau Timur Tengah telah menunda kunjungan tersebut.

Sumber 16/03/2010, web berita al-Jazeerah (Laporan sehingga jam 2.30 petang, waktu Mesir)

Sila ikuti perkembangan lanjut di laman web ini:
 http://map2street.blogspot.com/

1 comment:

Anonymous said...

jawapan yg mudah, umat islam sesama sendiri yg tidak mahu bersatu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails