Situasi: Solat Maghrib di Masjid Auqaf.
Imam memulakan solatnya…
“Allaaaahuakbar,”
Takbiratul ihram.
“Alhamdulillahi rabbil ‘alamin. Arrahmanir rahim… (hingga akhir al-fatihah).
Bacaan imam yang sangat merdu itu mengingatkan aku kepada Imam Syeikh Masyari yang sangat aku minati lagu gaya bacaannya yang menusuk qalbu. Khusyu’ dengan penuh tawadhu’ menunaikan solat…
Tiba-tiba…
Jemaah masjid terdengar suatu bunyi muzik yang mengganggu kekhusyukan solat… Rupa-rupanya bunyi ringtone salah seorang makmum di masjid tersebut. Nasib baik hanya muzik instrumental slow sahaja (bunyi biola style arab padang pasir) tapi kuat juga bunyinya…
Bunyi itu berterusan tanpa disilentkan oleh pemiliknya…
Imam menguatkan takbirnya semasa perpindahan rukun, begitu juga dengan makmum… Solat menjadi tak tenteram pada waktu itu…
Bunyi tersebut berterusan hingga tahiyat akhir.
“Assalaaamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, assalaaamu’alaikum warahmatullah.”
Imam memberi salam sambil memusingkan kepalanya ke kiri dan kanan…
Sebaik sahaja imam selesai solat, beliau berdiri untuk menegur makmum tersebut. Baru sahaja imam selesai memberi salam, makmum menjadi orang yg pertama menegur…
Ada yang menengking, ada yg secara baik-baik. Suasana masjid menjadi bising sekejap.
Sekali lagi ringtone tersebut berbunyi dan pak cik empunya handphone tersebut tidak mematikannya.
Apabila ditanya dan disuruh mematikannya, pak cik tersebut menjawab:
“Asif, ana musy’arif. Ana musy’arif.”
Rupa-rupanya beliau tidak tahu bagaimana untuk mematikannya. Mungkin itu kali pertama beliau menggunakan handphone atau mungkin beliau baru membelinya. Saya husnu dzon terhadapnya.
Seterusnya imam menenangkan keadaan yg bising tersebut. Merah padam muka pak cik itu dimarahi oleh makmum.
Kemudian Imam menyampaikan peringatan kepada semua supaya menutup handphone atau sekurang-kurangnya silentkan apabila berada di dalam masjid kerana ia dapat mengganggu ketenangan dalam menunaikan solat. Berdosa besar mengganggu orang yang menunaikan solat walau dengan apa cara sekalipun walaupun yang bersolat itu seorang kanak-kanak.
“Haram jiddan jiddan,” kata pak imam.
-----------------------
Moral of the story:
- Jangan guna handphone kalau tak reti : p (belajarlaa cara nak guna hp mcm mana... : )
- Sila Off atau silentkan Hp anda semasa berada dalam masjid.
- WAJIB mematikan Hp jika berdering dalam solat kerana mengganggu orang lain.
~Sedikit perkongsian ilmu dan pengalaman, salah dan silap harap ditegur~
~Ikhlas Dariku~
No comments:
Post a Comment