Firman Allah swt:
"Wahai orang-orang yang beriman sesiapa yang keluar dari agamanya
dikalangan kamu; Allah akan mendatangkan suatu kaum yang mana Allah
kasih kepada mereka dan mereka kasih kepada Allah .." (54 : Al-Maidah)
Rabie bin Anas berkata:
"Tanda kasih kepada Allah adalah dengan banyak menyebutnya, kerana
sesungguhnya kamu tidak mencintai sesuatu melainkan kamu banyak
menyebutnya."
sesungguhnya kamu tidak mencintai sesuatu melainkan kamu banyak
menyebutnya."
Semakin tinggi cinta kita kepada sesuatu semakin banyak kita menyebut dan
mengingatinya. Oleh itu mudah untuk kita mengenal pasti apakah yang kita
cintai sekarang iaitu dengan kita memerhatikan hati kita. Apakah yang
paling banyak kita ingat. Kerja kita, study kita, mak bapak kita, kawan-kawan
kita, persatuan kita, 'si dia' kita, harta benda kita atau Allah.Yang mana
paling banyak kita ingat itulah perkara yang kita cintai walaupun bibir
menyebut kita cinta yang lain. Firman Allah swt:

"Mereka bercakap dengan mulut-mulut mereka apa yang tidak ada dalam hati mereka."
Imam ibnul Qayyim berkata:
"Setiap kali bertambah rasa seronok dan khusyuk seseorang itu berzikir
bertambah kasih dan rindu zat yang diingati dan disebut (iaitu Allah)
untuk menemuinya."
bertambah kasih dan rindu zat yang diingati dan disebut (iaitu Allah)
untuk menemuinya."
Oleh itu kita kena cuba untuk melatih diri kita agar hati kita berdetik
namaNya sehingga kita asyik dengan mengingatinya kerana orang-orang
beriman sangat-sangat kasih kepada Allah swt. Firman Allah swt:
namaNya sehingga kita asyik dengan mengingatinya kerana orang-orang
beriman sangat-sangat kasih kepada Allah swt. Firman Allah swt:
"...Dan orang-orang yang beriman itu tersangat kasih kepada Allah swt..." ( 165 : al-Baqarah)
Ya Allah selama ini aku hanya asyik dengan dunia ini, aku sering lalai dalam mengingatiMu..
Namun Engkau tetap memberikan pelbagai nikmat kepada ku.. kadang Engkau uji
namun aku banyak mengeluh atas ujian itu.. Alangkah zalimnya diri ini..
namun aku banyak mengeluh atas ujian itu.. Alangkah zalimnya diri ini..
Ampunkanlah diatas kelalaian ini dan kurniakan kami hati yang sentiasa asyik mengingatiMu
dan mulut yang basah dengan lafaz zikir padaMu...
Asal: Us. Salman Maskuri
Represented by: http://drnasrullah.blogspot.com/
dan mulut yang basah dengan lafaz zikir padaMu...
Asal: Us. Salman Maskuri
Represented by: http://drnasrullah.blogspot.com/
3 comments:
insaf bila baca entry ini...terima kasih...
izinkn saya share entry ini brsama kwn2...
Silakan
Semoga bermanfaat...
terima kasih...=)
Post a Comment